Saksi terakhir perbicaraan Zahid dijangkiti Covid-19, bicara ditangguh

July 26, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) hari ini, ke Jumaat kerana saksi pendakwaan terakhir kes itu dijangkiti Covid-19.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran memberitahu Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bahawa saksinya yang merupakan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memaklumkan perkara itu pada lewat malam tadi, lapor Bernama.

Raja Rozela berkata pihaknya akan memanggil saksi pendakwaan ke-18 itu selepas dia disahkan pulih daripada jangkitan berkenaan.

“Pihak kami dimaklumkan pada lewat malam tadi, pegawai penyiasat kes ini positif Covid-19. Jadi, kami tidak dapat memanggil dia hari ini.

“Kami mohon agar tarikh bicara pada minggu ini dikekalkan. Kami ingin mengambil kira bahawa jika saksi sihat pulih semula, sudah negatif, kami ingin memanggil saksi tersebut hadir pada Jumaat (29 Julai),” katanya.

Raja Rozela, yang mengetuai pasukan pendakwaan, turut memohon tarikh perbicaraan pada Ogos dikekalkan supaya dapat meneruskan prosiding itu.

“Sudah banyak tarikh bicara ditetapkan. Kita ada beberapa lagi pada Ogos ini, jika tiada aral melintang, perbicaraan boleh diteruskan ke tarikh itu,” katanya.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan tarikh sambung bicara pada 10, 11, 12 dan 24 Ogos.

Dalam perbicaraan itu, pendakwaan diwakili Raja Rozela, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob dan Zander Lim Wai Keong manakala Ahmad Zahid diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh.

Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1,150,000; RM3 juta; 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Berita berkaitan
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok