Saksi tak setuju SPRM sengaja bina kes terhadap Syed Saddiq

June 22, 2022 · Isu semasa

Pegawai forensik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Mohd Firdaus Wan Yusoff tidak dapat menamakan peruntukan undang-undang yang membenarkan beliau meneliti kandungan telefon bimbit Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, semasa perbicaraan kes bekas menteri itu hari ini.

Firdaus bertanggungjawab mengeluarkan bukti daripada telefon Syed Saddiq yang digunakan untuk perbicaraan pecah amanah jenayah dan penyelewengan.

Memetik laporan MalayMail, peguam bela Gobind Singh Deo bertanya kepada kakitangan jabatan forensik SPRM selama lapan tahun berkaitan undang-undang yang membenarkannya berbuat demikian.

Gobind: Bolehkah anda memberitahu kami peruntukan undang-undang yang memberi anda kebenaran dan kuasa untuk menyiasat mesej peribadi seseorang daripada telefon bimbit mereka?

Soalan itu membuatkan Wan Mohd Firdaus terdiam.

Gobind: Kenapa senyap? Tidak ada, bukan? Anda tidak mempunyai hak untuk memintas atau melihat mesej ini kerana ia tiada kaitan dengan perbicaraan hari ini.

Firdaus: Mesej itu diekstrak, bukan dipintas.

Gobind: Baik, jadi anda tidak bergantung kepada pemintasan, bermakna tiada peruntukan sama sekali. Jika terdapat pemintasan dan anda mempunyai hak, anda pasti sudah menyebutnya.

Firdaus: Saya tidak pasti.

Gobind: Anda tidak boleh tidak pasti. Mac 2018 RM120,000 dan RM1 juta, adakah mesej WhatsApp ini ada kaitan dengan itu?

Firdaus: Saya tidak pasti.

Gobind: Anda tidak pasti? Tadi anda kata ada kaitan antara mesej RM250,000 yang hilang ini dengan wang lain tetapi sekarang anda kata anda tidak pasti. Sebenarnya, anda tidak tahu sama ada ia berkaitan atau tidak, betul?

Firdaus: Betul

Wan Mohd Firdaus berkata beliau bertindak atas arahan pihak atasannya di SPRM untuk mengeluarkan mesej daripada kumpulan WhatsApp bernama “ValueAdd” dan “Oceans17”, yang dibacakan di mahkamah hari ini.

Gobind berkata tiada satu pun daripada mesej itu mempunyai kaitan dengan pertuduhan dalam perbicaraan hari ini, yang mana Wan Mohd Firdaus berkata dia tidak pasti kerana dia tidak membaca semua mesej tetapi hanya mengeluarkannya seperti yang diarahkan.

Gobind kemudian bertanya sama ada Wan Mohd Firdaus sedar bahawa laporan berita menggabungkan dana daripada kes hari ini dengan kecurian yang dilaporkan Syed Saddiq sebanyak RM250,000 dari rumah keluarganya.

Peguam itu kemudian menunjukkan kepada saksi pendakwaan itu bahawa polis tidak mengambil tindakan ke atas laporan itu, dan mencadangkan SPRM sengaja mengambil keterangan daripada perkara yang tidak berkaitan untuk membina kes terhadap Syed Saddiq.

Bagaimanapun, saksi itu tidak bersetuju.

Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq, yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Datuk Azhar Abdul Hamid

Berita berkaitan
Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar
June 28, 2022· Isu semasa
Mahkamah tangguh keputusan kes rogol amah ADUN Tronoh
June 28, 2022· Isu semasa
Puad bidas Annuar tular dan kongsi sidang media Tajuddin
June 28, 2022· Politik
Keputusan kes rasuah bekas Exco Johor ditangguh 7 Ogos
June 26, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
54 minit lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
1 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok