Saksi kes Syed Saddiq beritahu mahkamah takut didakwa SPRM

July 4, 2022 · Isu semasa

Seorang saksi perbicaraan kes bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu mahkamah dia bersetuju memberi keterangan dan menjadi saksi pendakwaan kerana takut akan turut didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Abdul Hannaan Khairy, editor syarikat media Serious Kool Media berkata dia memutuskan memberi keterangan terhadap Syed Saddiq yang merupakan bekas majikannya setelah ditanya mengenai kes-kes lain semasa disoal oleh pegawai SPRM dan bimbang dia juga akan didakwa

Menurut Syed Saddiq telah memintanya untuk mengemas kini sebut harga dan resit yang dibuat sehingga RM250,000 untuk bekalan baju raya, songkok, songket serta aksesori dan hadiah untuk sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang juga dikenali sebagai Armada, pada 2020.

Tetapi peguam Syed Saddiq, Gobind Singh Deo berusaha untuk menyangkal dakwaan itu, menurut MalayMail. Semasa pemeriksaan balas, Gobind mendorong Hannaan menceritakan bagaimana pegawai SPRM telah menyoal siasatnya ketika mengambil keterangannya.

Gobind: Anda takut ketika berada di Ibu Pejabat SPRM kerana mereka cuba mengaitkan anda dalam kes lain betul?

Hannaan: Saya tidak pasti.

Gobind: Fikir semula, mereka bertanya kepada anda tentang kes-kes lain betul? Dan anda takut dituduh dalam kes-kes itu bukan?

Hannaan: Ya.

Gobind: Jadi anda sanggup memberi keterangan dan berbohong kerana takut dituduh SPRM dalam kes lain? Ini mahkamah, jangan takut, anda boleh mengatakannya.

Daripada membalas segera, Hannaan tiba-tiba meminta izin untuk berehat di tandas.

“Boleh saya pergi ke tandas?” tanya saksi pendakwaan ke-10.

Tetapi hakim menyuruhnya menjawab soalan itu dahulu, yang dengan ringkas Hannaan berkata: “Ya”.

Selepas ke tandas, Hannaan menceritakan bahawa SPRM telah merampas Volkswagen Pulsar yang dibelinya pada awal 2020 dan menyimpannya bersama mereka selama setahun dan dia telah ditanya soalan mengenai pemilikan kereta itu.

Gobind kemudian bertanya kepada Hannaan jika dia bimbang tindakan boleh diambil terhadapnya kerana memiliki kereta itu, dan saksi menjawab “Ya”.

Hannaan menambah bahawa dia kemudiannya mendapatkan semula kereta itu dan tiada tindakan undang-undang telah diambil terhadapnya setakat ini.

Gobind kemudian menukar baris soalan dan bertanyakan perasaan Hannaan selepas mendengar isterinya Siti Nurul Hidayah mendakwa dia telah didera dan diancam oleh beberapa pegawai SPRM, yang kemudiannya dinafikan oleh badan pencegah rasuah itu.

Siti Nurul merupakan pembantu Syed Saddiq ketika kejadian.

Hannaan berkata dia sedih dan kecewa.

Gobind: Melihat semua perkara ini berlaku kepada anda dan isteri anda, adakah anda berasa ditekan oleh pegawai SPRM untuk memberi jawapan yang mereka cari?

Hannaan: Ya

Gobind: Jadi berdasarkan semua keterangan anda, adakah anda bersetuju bahawa anda berada dalam ketakutan yang berterusan sehingga hari ini apabila anda perlu memberikan kenyataan di mahkamah?

Hannaan: Ya.

Gobind: Dan adakah anda juga takut dengan pegawai SPRM yang mengiringi anda?

Hannaan: Yang Ariff, bolehkah saya tidak menjawab soalan ini?

Gobind: Tetapi kenyataan anda di sini menunjukkan bahawa anda berada di bawah banyak tekanan oleh SPRM betul?

Hannaan: Sebahagian daripadanya, ya.

Sebelum ini, Syed Saddiq mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan wang sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Syed Saddiq didakwa sebagai ketua Armada Bersatu, yang telah diamanahkan penguasaan ke atas dana Armada, telah melakukan pecah amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq juga menghadapi tuduhan menyalahgunakan harta iaitu, wang sumbangan untuk kempen PRU14 sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di antara 8 April sehingga 21 April 2018, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan iaitu melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 di dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 Jun dan 19 Jun 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613], yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, dan sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram.

Berita berkaitan
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
7 jam lalu· Isu semasa
Rayuan kes SRC Najib: Usul masuk bukti tambahan dibenarkan mahkamah
9 jam lalu· Isu semasa
Menjelang perbicaraan terakhir esok, Najib istiqamah dengan keputusan bakal dihadapi
August 14, 2022· Politik
Tiada unsur penyelewengan dalam projek Musang King di Kedah, kata SPRM
August 12, 2022· Isu semasa
Popular
Permohonan Najib ‘cacat, pentingkan diri sendiri’, kata pendakwaan
August 15, 2022
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
August 15, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Tak adil dakwa laporan LCS fitnah hanya kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kejatuhan harga minyak, kadar faedah China jejas nilai ringgit
1 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara lulus empat RUU
3 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
3 jam lalu · Isu semasa
KKM mohon lebih banyak dana penjagaan kesihatan awam
3 jam lalu · Isu semasa
Skandal kapal tak siap: Bekas pegawai tinggi BNS didakwa esok
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
8 jam lalu
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok