Saksi kes Shahrir diminta kemuka maklumat pendapatan, elaun sejak 1978

July 28, 2022 · Isu semasa

Pihak pembelaan hari ini meminta seorang saksi pendakwaan mengemukakan fail yang mengandungi maklumat pendapatan dan elaun Tan Sri Shahrir Ab Samad sebagai ahli Parlimen sejak 1978 dalam perbicaraan kes bekas pengerusi Felda itu.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Shahrir berkata dokumen tersebut diperlukan bagi menyokong pihak pembelaan bahawa RM1 juta yang didakwa diterima anak guamnya pada 2013 bukan pendapatan yang dikenakan cukai, lapor Bernama.

“Pendapatan Shahrir sangat relevan. Dia menghadapi pertuduhan di bawah AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram) yang kesalahan predikat berkaitan dengan Seksyen 113 Akta Cukai Pendapatan, yang pendiriannya adalah tidak ada pengisytiharan pendapatan kerana RM1 juta adalah pembayaran balik dana amanah berhubung dengan wang peribadi.

“Oleh itu, seseorang itu perlu memastikan dia telah meletakkan wang peribadinya dahulu untuk menerima bayaran balik,” katanya pada perbicaraan kes bekas ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan tuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut peguam itu, sekiranya dokumen tersebut tidak relevan, pihak pendakwaan tidak akan memanggil saksi pertama iaitu Penolong Pegawai Tadbir Tinggi, Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen, Parlimen Malaysia, Rosli Mat Jinun untuk memberikan keterangan bagi membuktikan pertuduhan terhadap Shahrir.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd ‘Afif Ali membantah permohonan pihak pembelaan itu atas alasan bahawa dokumen tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pertuduhan pengubahan wang haram.

Peguam Tan Sri Dzulkifli Ahmad kemudian menyoal Rosli sama ada dia bersetuju untuk mengemukakan fail tersebut pada prosiding akan datang, Rosli menjawab: “Setuju”.

Dzulkifli: Dokumen ditunjukkan menerusi fail?

Rosli: Fail biasa.

Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, pada 25 April 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung 8 Ogos ini.

Berita berkaitan
Rehatkan Zahid sebagai TPM untuk fokus kes mahkamah, kata Peja
9 jam lalu· Politik
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
11 jam lalu· Isu semasa
Zahid beri isyarat bakal ada kena pecat esok, pembersihan UMNO bermula esok
12 jam lalu· Politik
Bakal dipecat UMNO, PN dan PAS terbuka terima Khairy: Samsuri
17 jam lalu· Politik
Popular
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023
Zahid mohon pasport dikembalikan, kata PM beri mandat dalam urusan pentadbiran
January 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
16 jam lalu · Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
16 jam lalu · Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
17 jam lalu · Isu semasa
Penduduk di Sarawak dinasihati tangguh aktiviti luar: Bomba
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
14 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok