Saksi kes Rumah Bonda nafi Bella mangsa amang seksual

July 20, 2022 · Isu semasa

Seorang penolong pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella menjadi mangsa amang seksual sebelum hak penjagaan sementara diberikan kepada Siti Bainun Ahd Razali.

Mohamad Imran Mohamed Zanyuin, 35, berkata beliau terkejut kerana ini merupakan kali pertama beliau mendengar isu amang seksual dibangkitkan pihak pembelaan.

Saksi pendakwaan ke-12 itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor, mewakili Siti Bainun, pada perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi.

Saksi juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa individu yang melakukan amang seksual itu adalah seseorang yang dipanggil ustaz atau pun ‘pakcik’ di tempat Bella tinggal sebelum ini.

Nur A’minahtul Mardiah: Semasa rakaman (siasatan) di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Bella ada menyebut tentang ustaz.

Mohamad Imran: Tidak tahu.

Nur A’minahtul Mardiah: Setiap kali Bella nampak individu seakan-akan pakcik atau ustaz…Bella akan menutup kemaluannya dengan kedua-dua belah tangan, adakah Encik Imran tahu mengenai perkara ini dan saksi itu menjawab “tidak tahu”.

Mohamad Imran juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa syor perintah tetap (hak penjagaan) diberikan kepada Siti Bainun antaranya disebabkan isu amang seksual.

Pada prosiding sebelum ini, Mohamad Imran berkata Mahkamah Majistret Kanak-Kanak membenarkan perintah jagaan sementara diberikan kepada Siti Bainun bermula 14 Julai sehingga 20 Sept 2020 manakala hak penjagaan tetap bermula 24 Sept 2020.

Menurut saksi itu, Bella sebelum ini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah Seremban sejak 2011 sehingga 2020 sebelum Siti Bainun menjaga remaja itu.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok. – Bernama

Berita berkaitan
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022· Isu semasa
Shahrir bayar penuh beli kereta Honda RM118,485 guna cek: Saksi
August 8, 2022· Isu semasa
Saksi kes Guan Eng akui bayar orang tengah RM19 juta sebab diugut
August 8, 2022· Isu semasa
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
August 8, 2022· Politik
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
August 10, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
RM93,300 untuk belanja sambutan hari jadi isteri Zahid, kata saksi
6 minit lalu · Isu semasa
Kajian ubah cuti rehat hujung minggu diserah kepada Sultan Johor
28 minit lalu · Isu semasa
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
44 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: DAP pula minta Najib jelaskan layanan istimewa kepada kontraktor
56 minit lalu · Isu semasa
Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok