Saksi kes rasuah Najib beritahu tak lihat Jho Low di rumah Zeti

October 11, 2022 · Isu semasa

Seorang saksi dalam kes rasuah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Datuk Seri Najib Razak, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dia tidak pernah melihat ahli perniagaan dalam buruan Low Theik Jho atau Jho Low di rumah bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Bekas Pengarah Urusan Kumpulan Ambank, Cheah Tek Kuang berkata demikian ketika menjawab soalan peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Teck Kuang sebelum itu ketika menjawab soalan Muhammad Shafee, memberitahu mahkamah beliau hanya berkunjung sekali sahaja ke kediaman Zeti iaitu pada sambutan Hari Raya, menurut BH.

Terdahulu, Shafee mendakwa memperoleh maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai mengatakan Jho Low kerap kali mengunjungi kediaman Zeti.

Ketika disoal sama ada pernah melihat Jho Low di rumah itu, saksi menjawab, “tidak, tidak.”

Muhammad Shafee: Adakah kamu pasti?

Teck Kuang: Sangat pasti.

Muhammad Shafee: Ok. Saya tanya kamu kerana mencadangkan dan saya mendapat maklumat berserta bukti bahawa Jho Low kerap mengunjungi kediaman Zeti. Adakah kamu tahu mengenai perkara ini?

Teck Kuang: Saya tidak tahu langsung.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram kemudian bangun dan memaklumkan pihak pendakwaan akan memanggil Zeti untuk memberikan keterangan.

“Kami akan memanggil Zeti (untuk memberikan keterangan). Jadi, persoalan ini boleh dibangkitkan kepadanya. Beliau (Zeti) ada jawapannya. Kami akan panggil dia,” katanya.

Minggu lalu, Teck Kuang memberitahu Mahkamah Tinggi, Zeti mengetahui akaun Najib akan menerima sumbangan AS$100 juta daripada Arab Saudi pada 2011.

Beliau berkata, dalam pertemuan rahsia empat mata dengan Zeti, beliau (Zeti) mengambil maklum mengenai perkara itu dan memintanya supaya ia perlu dilakukan mengikut peraturan bank dan BNM sedia ada.

Katanya, mereka berdua sahaja berbincang mengenai pembukaan akaun Najib di Ambank dan penerimaan wang daripada Arab Saudi kerana ia rahsia dan membabitkan kepentingan Perdana Menteri.

Teck Kuang memberikan keterangan terhadap Najib, 69, yang berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
December 8, 2022· Isu semasa
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
December 8, 2022· Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
16 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
19 jam lalu · Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
13 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok