Saksi kes pukul isteri hingga pecah kepala diburu

Mohd Padzli berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182 323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Salaihudin Azual Razali 013-7290 763.

Seorang saksi lelaki berhubung insiden memukul isteri sehingga parah pecah kepala yang tular di media sosial baru-baru ini sedang diburu polis bagi membantu siasatan.

Alamat terakhir lelaki diburu yang bernama Rosmaini Abd Raof, 38 adalah di A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar, Kedah dan bekerja sebagai peniaga.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Mohd Padzli Mohd Zain dalam kenyataan.

Mohd Padzli berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182 323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Salaihudin Azual Razali 013-7290 763.

Semalam, akhbar berbahasa Melayu melaporkan seorang penjawat awam berumur 43 tahun yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di negeri Johor dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini selepas dipercayai dicederakan suaminya, 4 Mei lepas.

Menurut laporan itu, mangsa yang sedang hamil empat minggu mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya.

POPULAR