Saksi kes 1MDB sahkan RM2.28 bilion masuk dalam akaun Najib

April 7, 2022 · Isu semasa

Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Ismee Ismail mengesahkan menerusi carta aliran yang ditunjukkan kepadanya oleh pasukan pendakwa, sebanyak RM2.28 bilion wang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Wang berjumlah besar tersebut masuk ke dalam akaun AmBank yang berakhir dengan nombor 694 dan 880, kata Ismee yang bersetuju dengan jejak kewangan rumit daripada 1MDB kepada beberapa entiti sebelum akhirnya masuk dalam akaun Najib sendiri.

Ismee merupakan saksi pendakwaan ke-13 yang dipanggil untuk memberi keterangan terhadap Najib.

Dalam carta jejak wang tersebut, didedahkan wang bernilai AS$700 juta daripada dana 1MDB dipindahkan ke akaun Good Star Limited, walhal pada awalnya dana itu bertujuan untuk digunakan bagi usaha sama AS$1 bilion dengan Petrosaudi International (PSI) Abu Dhabi.

Untuk rekod, Good Star dikawal oleh kawan rapat Najib, Low Taek Jho atau Jho Low yang menurut pendakwaan menggunakan kuasanya yang diberikan oleh Najib.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan ad-hoc, Datuk Seri Gopal Sri Ram turut menunjukkan kepada Ismee laluan jejak kewangan yang lain melibatkan Putera Arab Saudi Turki Abdullah, dianggarkan kira-kira RM30 juta ditambah masuk ke dalam akaun 694 yang juga milik Najib pada 24 Feb dan 14 Jun 2011.

Semasa ditanya Sri Ram, Ismee bersetuju dengan DPP bahawa wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bank Najib.

Apabila Sri Ram menunjukkan satu lagi carta yang didakwa menunjukkan kira-kira AS$45 juta dana 1MDB berakhir ke dalam akaun 880 Najib antara 17 Okt 2014 dan 10 Dis 2014, Ismee bersetuju bahawa wang itu dimasukkan ke dalam akaun itu.

Pada akhir pelbagai carta aliran yang ditunjukkan, Ismee bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa sejumlah RM2.28 bilion dana dimasukkan ke dalam akaun Najib antara 2011 dan 2015.

Sri Ram: Setelah melihat barang bukti (jejak kewangan) ini, adakah anda ingin menyemak jawapan anda semasa dalam pemeriksaan balas (oleh pasukan pembelaan Najib) bahawa tertuduh tidak mendapat faedah peribadi (daripada aliran masuk wang)?

Ismee: Daripada carta aliran, saya dapat lihat wang 1MDB masuk ke akaun 694 milik tertuduh.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok