Saksi kes 1MDB dedah Jho Low wakil Najib, bukan jumpa tepi jalan

January 26, 2022 · Isu semasa

Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Azmi Tahir hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau bukan berjumpa dengan Low Taek Jho atau Jho Low di tepi jalan dan percaya ahli perniagaan itu adalah wakil Datuk Seri Najib Tun Razak dalam 1MDB.

Azmi, 49, berkata ini kerana Jho Low telah diperkenal kepada beliau oleh bekas Setiausaha Sulit Najib iaitu Allahyarham Datuk Azlin Alias. Azlin meninggal dunia dalam insiden helikopter terhempas pada 4 April 2015, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Datuk Hariharan Tara Singh pada perbicaraan bekas Perdana Menteri itu dalam kes membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Hariharan: Sebagai CFO ketika itu, adakah anda tidak terfikir bahawa adalah tidak wajar bagi anda menerima arahan daripada Jho Low yang bukan merupakan sebahagian daripada syarikat (1MDB)?

Azmi: Tidak. Semua orang percaya beliau adalah wakil sah yang mewakili Datuk Seri Najib. Saya bukan berjumpa dengan beliau di tepi jalan, beliau telah diperkenal kepada saya oleh Allahyarham Azlin.

Saksi pendakwaan ke-12 itu juga berkata mesyuarat pada 15 Dis 2013 dengan KPMG Malaysia di kediaman Najib diadakan susulan ketidakpuasan hati KPMG terhadap penjelasan dan dokumen tidak lengkap yang diberikan berhubung pelaburan besar syarikat itu sebanyak US$2.3 bilion dalam dana tidak diketahui iaitu Bridge Global SPC, yang dibuat menerusi Brazen Sky Ltd, sebuah syarikat tujuan khas 1MDB.

Azmi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman serta bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin turut hadir bersama dengan Jho Low dan Najib.

Hariharan menyoal Azmi mengapa beliau tidak mengesahkan kesemua pemindahan ini ketika bertemu Najib pada mesyuarat itu dan saksi tersebut berkata berdasarkan pengalaman lalu, beliau sepatutnya berbuat demikian namun berasakan ia bukan masa yang sesuai untuk membangkitkan perkara itu.

Kepada soalan lain, saksi itu bersetuju dengan cadangan bahawa Jho Low telah mendapat manfaat daripada pergerakan dana daripada 1MDB kepada syarikatnya iaitu Good Star Ltd.

Azmi bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau adalah sebahagian daripada rancangan Jho Low untuk menyeleweng dana 1MDB dan berkata beliau telah melaksanakan arahan ahli perniagaan dalam buruan itu tanpa menyoalnya.

Ahli Parlimen Pekan itu berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah sebanyak RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Berita berkaitan
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok