Saksi dedah perbincangan sulit jam 2 pagi Guan Eng bersama kontraktor

July 13, 2021 · Isu semasa

Lim Guan Eng mengadakan perbincangan sulit bersama Pengarah Eksekutif Kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, kontraktor utama projek terowong bawah laut dan seorang lagi ahli perniagaan, G. Gnanaraja jam 2 pagi di Petaling Jaya, dedah seorang saksi.

Saksi hari pertama perbicaraan kes rasuah terowong bawah tanah, Datuk Geethanjali G yang juga isteri kepada Gnaraja berkata perbincangan itu berlaku di rumah pasangan tersebut sekitar bulan 2017.

Semasa membaca keterangan saksi bertulis, saksi berusia 35 tahun itu berkata suaminya mengejutkannya pada jam 2 pagi apabila Guan Eng dan Zarul datang ke rumah mereka.

Terdapat juga gambar yang ditunjukkan bersama Guan Eng semasa pertemuan tersebut berlaku, ia diambil sendiri oleh Geethanjali.

“Setelah mengambil gambar, lebih kurang 30 minit kemudian, suami saya minta saya dan ibu beredar kerana dia perlu membincangkan perkara sulit dengan YB Lim Guan Eng dan Datuk Zarul.

“Saya hanya mematuhi arahan suami dan kemudian ibu dan saya segera kembali ke bilik tidur untuk tidur semula,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Wan Shaharuddin Wan Ladin lapor Malaysiakini.

Wan Shaharuddin kemudiaan mengemukakan beberapa keping gambar kepada saksi bagi tujuan pengecaman.

Bagaimanapun, saksi memberitahu tidak mengetahui maklumat yang dibincangkan oleh ketiga-tiga mereka semasa pertemuan itu.

“Saya mengesahkan selepas itu, saya tidak mengetahui maklumat apa yang dibincangkan dengan suami saya dan YB Lim Guan Eng pada malam itu, dan saya mengesahkan bahawa suami saya tidak pernah berkongsi maklumat lain yang melibatkan suami saya dan YB Lim Guan Eng,” katanya.

Semasa sesi pemeriksaan balas tersebut, berlaku sedikit ketegangan apabila peguam Guan Eng, Gobind Singh Deo tidak berpuas hati dengan soalan Wan Shaharuddin berhubung soalan stokin.

Geethanjali: Gambar pertama, suami saya dan Guan Eng

Wan Shaharuddin: Suami anda pakai kasut atau stokin?

Geethanjali: Pakai stokin

Wan Shaharuddin: Guan Eng?

Geethanjali: Pakai stokin

Mendengar keterangan itu, Gobind kemudian membantah dan mempersoalkan sama ada soalan yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah relevan.

Pada perbicaraan itu, pendakwaan turut memanggil Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Saadon Abd Samad selaku saksi pendakwaan kedua untuk memberi keterangan.

Perbicaraan kes bersambung esok.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin, menolak permohonan Guan Eng supaya kesnya didengar di Mahkamah Tinggi.

Ahli Parlimen Bagan itu didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu.

Guan Eng dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, KOMTAR, Pulau Pinang pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Guan Eng turut didakwa atas tuduhan pindaan iaitu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan bagi dirinya sendiri wang berjumlah RM3,300,000 dengan mengambil tindakan bagi membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR, Georgetown, Pulau Pinang.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang telah meminta suapan iaitu balasan berjumlah 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Zarul sebagai upah bagi melakukan perkara yang dicadangkan iaitu membantu syarikat milik ahli perniagaan berkenaan dilantik untuk projek sama.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley Cit, di sini pada Mac 2011, antara 12.30 pagi hingga 2 pagi.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 16 Akta SPRM yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok