Saksi dedah MoU projek terowong tak nyata ia dibuat tender terbuka

August 19, 2021 · Isu semasa

Seorang saksi kes rasuah projek pembinaan jalan utama dan terowong di Pulau Pinang membabitkan Lim Guan Eng mendedahkan dua perjanjian persefahaman (MoU) ditandatangani di antara kerajaan negeri dengan Beijing Urban Construction Group Sdn Bhd (BUCG) sekitar 2011, tidak menyatakan projek itu dibuat melalui tender terbuka.

Saksi tersebut yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Datuk Lim Hock Seng, 73, berkata semasa Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) negeri pada 27 April 2011 terdapat catitan menyatakan bahawa, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan ada tender terbuka berhubung projek itu sebelum beliau pergi ke China.

Namun, sebaliknya hasil semakan MoU tersebut tidak menyatakan projek itu dibuat melalui tender terbuka.

Menurut Hock Seng, selepas MoU dimeterai projek itu diberikan kepada Consortium Zenith Bejing Urban Construction Group Sdn Bhd (CZBUCG), yang merupakan syarikat usaha sama dengan BUCG.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin di Mahkamah Sesyen, pada hari keenam perbicaraan kes rasuah Guan Eng yang berdepan empat pertuduhan dalam projek tersebut.

Saksi pendakwaan ketiga itu berkata, beliau kemudian bertemu dengan Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang ketika itu Pengarah Urusan CZBUCG, dan memaklumkan pertemuan mereka kepada MMK negeri.

“MMK negeri yang dipengerusikan oleh Guan Eng, kemudian mengarahkan satu kertas kerja cadangan projek terowong dasar laut dan jalan-jalan utama di negeri itu, dikemukakan untuk pertimbangan,” katanya.

Sebelum ini dalam penyataan saksinya, Hock Seng memberitahu mahkamah bahawa Iklan Pre-Qualification (Prakelayakan), berhubung tender projek itu melalui laman web Kerajaan Negeri dibuat pada 11 Nov 2011, manakala iklan melalui akhbar tempatan dibuat 15 Nov 2011.

Hock Seng berkata, lapan syarikat berjaya melepasi syarat prakelayakan iaitu China State Construction Engineering Corporation Ltd & VST Cemerlang Sdn Bhd, Setia Precast Sdn Bhd, ECK Construction Sdn Bhd, Gamuda Berhad, Zambina Wawasan Sdn Bhd, IJM-CRGL Joint Ventures, Consortium Zenith BUCG Juteras & Sri Tinggi JV dan WCT Daewoo Joint Ventures.

Bagaimanapun, CZBUCG telah dilantik bagi menjalankan projek pembinaan jalan utama dan terowong di negeri itu, kerana syarikat berkenaan mendapat ‘markah tertinggi’ bagi keseluruhan penilaian teknikal dan kewangan.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta, dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang, yang bernilai RM6,341,383,702.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng dituduh meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah, bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama, dan perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Ahli Parlimen Bagan itu juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut, yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok