Saksi dedah bagaimana Jho Low jadi penasihat Najib dalam audit 1MDB

November 16, 2021 · Isu semasa

Seorang saksi yang juga bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Azmi Tahir mendedahkan bagaimana ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low bertindak sebagai penasihat kepada Datuk Seri Najib Razak.

Azmi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jho Low memainkan peranan dalam menasihati bekas Perdana Menteri itu agar tidak bercakap banyak dalam pertemuan dengan juruaudit KPMG berkaitan pelaburan luar negara 1MDB.

Pendedahan itu dibuat berdasarkan bukti satu e-mel bertarikh 15 Disember 2013 yang bertajuk Urgent: Briefing Package for YAB PM yang juga diterima Azmi sebelum mesyuarat dengan juruaudit tersebut yang turut melibatkan anggota lembaga pengarah 1MDB dan beberapa pihak lagi di rumah Najib pada tarikh sama.

Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya T Deepa Nair pagi ini, Azmi berkata e-mel itu memberikan talking point (panduan percakapan) kepada Najib dan saksi ketika bertemu dengan pegawai KPMG.

“Oleh kerana YAB PM telah diberi taklimat oleh pengerusi dan pengurusan 1MDNB beberapa kali, YAB PM disarankan tidak terlibat dalam perbincangan panjang dengan KPMG berkaitan isu itu, walaupun YAB PM boleh menawarkan kepada mereka peluang ringkas untuk memberi pandangan.

“YAB PM akan menyatakan bahaya dia telah diberi taklimat dan mendengar daripada kedua-dua belah pihak, dan tahu berkaitan transaksi dan tidak selesa memberikan kepada mereka semua faktanya,” kata Azmi, membawa e-mel yang dikatakan dihantar oleh Jho Low dipetik dalam laporan Malaysiakini hari ini.

Saksi juga memberitahu hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa Jho Low turut mengarahkan Najib menyatakan keyakinannya berkaitan Bank BSI, susulan fakta-fakta diberikan.

Terdahulu, seorang lagi saksi kes 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu mendedahkan Jho Low beberapa kali menghadiri mesyuarat yang berjalan di rumah Najib.

Hazem memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jho Low dilihat sangat rapat dengan Najib apabila setiap arahan yang diberikan penjenayah yang dalam pelarian itu akan dituruti.

Menurut laporan portal MalaysiaKini, Hazem yang merupakan saksi pendakwaan ke-10 berkata, Najib dan Jho Low “sangat, sangat rapat” ketika berkomunikasi di Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2013.

Menjawab soalan ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Tan Sri Gopal Sri Ram, Hazem berkata “Jho Low adalah orang PM”.

Sebelum ini, semasa perbicaraan 20 September 2021 lalu, Hazem juga memberitahu melihat Jho Low ada dalam pertemuan ahli lembaga pengarah dan pegawai tertinggi 1MDB di rumah Najib bagi membincangkan berhubung isu audit KPMG melibatkan 1MDB pada 2013.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Ringgit jatuh semula hari ini
December 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok