Saksi beritahu gaji Guan Eng RM45,000 semasa jadi Ketua Menteri

December 15, 2021 · Isu semasa

Gaji Lim Guan Eng semasa menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang mencecah RM45,000 sebulan, kata seorang saksi semasa perbicaraan kes rasuah terowong bawah tanah hari ini.

Gaji tersebut dibayar sepanjang 10 tahun perkhidmatannya sejak tahun 2008, kata bekas Timbalan Pengarah Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang (UPEN), Mohd. Farulizam Che Meh.

Farulizam Che berkata, ketika memegang jawatan itu, gaji hakiki Guan Eng sebanyak RM14,175 manakala jumlah elaun yang diperolehinya pula sebanyak RM30,200 untuk tempoh sebulan.

Saksi pendakwaan ke-20 itu berkata, Guan Eng, 61, bagaimanapun turut mengisytiharkan harta dan pendapatan sampingan beliau dalam portal web Pulau Pinang.

Ujar Mohd. Farulizam, Guan Eng yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 11 Mac 2008 dan memegang jawatan itu sehingga 14 Mei 2018 turut mendapat pencen kira-kira RM20,000.

Menurut saksi, Guan Eng yang juga menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih turut mendapat elaun sebanyak RM5,500.

Beliau menyatakan demikian ketika membacakan kenyataan saksi pada perbicaraan kes rasuah Guan Eng berkaitan projek terowong dasar laut dan jalan utama di negeri itu.

Saksi berkenaan bagaimanapun tidak disoal balas oleh pihak pembelaan ketika memberi keterangan pada prosiding tersebut.

Farulizam merujuk kepada dokumen surat perakuan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertajuk `Perakuan Tentang Kedudukan Atau Jawatan Yang Dipegang Oleh YB Lim Guan Eng bertarikh 3 Julai 2020.’

Ujarnya, dokumen itu dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang dipohon di bawah Seksyen 55(1) Akta SPRM 2009.

Saksi juga merupakan bekas Ketua Penolong Setiausaha Kanan bagi Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana antara tugas beliau termasuk menyelaraskan dan menguruskan gaji, elaun dan kemudahan Ketua Menteri, Exco dan ADUN.

Ujarnya, sebagai Ketua Menteri, Guan Eng tidak boleh memegang apa-apa jawatan berpendapatan dan tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersial atau tidak boleh memiliki dan memegang apa-apa jawatan dalam syarikat.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi didengar tanpa kehadiran Guan Eng selama dua hari berturut-turut kerana tertuduh dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Ahad lalu bagi menjalani satu prosedur perubatan keesokan harinya.

Peguam Haijan Omar bagaimanapun memaklumkan, anak guamnya sudah dibenarkan keluar dari IJN dan bersedia untuk menghadiri perbicaraan esok.

Guan Eng didakwa atas pertuduhan pindaan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli dilantik melaksanakan projek itu yang bernilai berbilion ringgit.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok