Saksi bank kes 1MDB terkejut Jho Low nafi pernah berhubung dan berurusan

February 2, 2023 · Isu semasa

Bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu Ging Ping mengakui terkejut dengan keterangan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low yang menafikan pernah berhubung dan berurusan dengannya.

Ging Ping, saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semasa disoal balas peguam Datuk Seri Najib Razak berkata terkejut dengan keterangan Jho Low yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 November 2015.

Dalam soal balas tersebut, peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Ging Ping bahawa Jho Low memberitahu pegawai SPRM bahawa dia tiada kena mengena dengan akaun bank Najib.

Apabila disoal oleh Muhammad Shafee mengenai kenyataan itu, Ging Ping mengakui terkejut dengan penafian ahli perniagaan terbabit kerana beliau selalu berhubung dan berurusan dengan Jho Low, malah menerima setiap arahan berhubung akaun berkenaan.

Dalam keterangan sebelum ini, Ging Ping mengakui mempunyai hubungan kerja rapat dan bersahabat dengan Jho Low serta sering menerima jemputan ke pangsapuri milik ahli perniagaan itu di Jalan Kia Peng bersama beberapa rakan lain.

Kenyataan Jho Low itu ditimbulkan Muhammad Shafee selepas Ging Ping memberitahu mahkamah, setiap tindakannya adalah atas arahan Jho Low apabila disoal mengenai transaksi wang keluar masuk dalam akaun bekas perdana menteri itu.

Kenyataan itu yang turut digunakan dalam perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, Jho Low menafikan mempunyai kaitan dengan akaun peribadi Najib dan akaun SRC dalam apa juga perkara.

Jho Low turut menafikan pernah memberi arahan kepada sesiapa termasuk Ging Ping berhubung transaksi kewangan, atas dasar bukan penandatangan yang diberi mandat menguruskan akaun Najib.

Muhammad Shafee: Adakah kamu terkejut Jho Low beritahu SPRM yang dia menafikan pernah berbual dengan kamu melalui perbualan Blackberry (BBM)?

Ging Ping: Saya tidak tahu apa yang beliau beritahu SPRM.

Muhammad Shafee: Jho Low beritahu, dia tidak tahu mengenai perbualan ini dan menafikan pernah bercakap dengan kamu. Adakah kamu terkejut?

Ging Ping: Ya.

Najib berdepan pendakwaan melibatkan 25 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah, selain terbabit dalam pengubahan wang haram membabitkan dana syarikat 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

Berita berkaitan
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
4 jam lalu· Isu semasa
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu· Politik
Jho Low dijatuhi hukuman penjara di mahkamah Kuwait
March 29, 2023· Isu semasa
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pertuduhan terhadap Ke Ting cacat, tak ikut undang-undang: Pembela
8 minit lalu · Isu semasa
Najib habis saluran undang-undang untuk rayuan, kata pendakwa raya
19 minit lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
6 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
6 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok