Sajat muncul ajak peminat beraya di rumah baharu

April 19, 2021 · Isu semasa

Usahawan kosmetik yang sedang diburu polis, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, atau Sajat, muncul kembali dengan klip video terbaharu beberapa hari lalu.

Menunjukkan persekitaran dipercayai rumah baharunya yang tidak dinyatakan di mana, Sajat memarahi penonton yang menjadi pengikut laman Facebooknya, sambil memberitahu laman Instagramnya adalah tertutup.

Dalam dua klip video terbaharu itu Sajat juga mencabar penonton supaya membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai dirinya, jika semua pihak sudah mengetahui lokasinya.

“Report la tak kisah pun.. dah tahu lokasi kita ke.. terima kasih.. datang tau raya nanti.. kita buat soft launcing rumah kita yang baharu,” katanya.

Sambil mencuci pinggan Sajat juga berleter panjang mengenai agama, bulan puasa dan netizen yang banyak memberi komen menasihatkannya.

“Aku sedar la diri aku… sibuk sangat nak cerita pasal agama.. you all dah tau kan diri I macam mana… nak cakap-cakap lagi pasal agama dengan I kenapa… feeling… masalahnya sekarang ni apa kena mengena .. habis tu kalau korang bulan puasa tak boleh buat itu tak boleh buat ini.

“Ayoo tolong lah… korang rasa korang tu bagus sangat… amboi sedap-sedap nak kata kita le… bulan puasa la..apa kejadah la…bulan puasa tak baik pakai itu lah tak baik pakai ini lah… semua lah yang tak baik.. yang baik semuanya korang yang tak baik semuanya aku,” keluh Sajat.

anuari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.

Pada 23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Beliau juga mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila memuat naik video mahu keluar daripada Islam selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadapnya.

Keberadaan Sajat masih menjadi misteri, malah pihak berkuasa juga sudah mengedarkan gambarnya kepada Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sepanjang pos kawalan keselamatan bagi memastikan beliau tidak dapat bolos ke negara jiran.

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO
May 28, 2021
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok