Sajat bertaraf pelarian, dapat perlindungan UNHCR di Thailand

September 23, 2021 · Isu semasa

Usahawan kosmetik yang menjadi buruan Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat, secara rasmi bertaraf ‘pelarian Malaysia’ susulan mendapat perlindungan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Ini disahkan oleh Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) Thailand, Sunai Phasuk yang mengakui Sajat adalah seorang ‘pelarian’.

Sunai berkata oleh itu, adalah menjadi kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa Thailand dan tidak boleh membahayakan sesuatu tindakan tidak boleh membahayakan Sajat.

“Thailand tertakluk di bawah prinsip peraturan antarabangsa, tiada penghantaran pulang paksa yang melarang menghantar pulang seseorang ke negara di mana mereka mungkin menghadapi pendakwaan atau penganiayaan serius,” katanya.

Sunai berkata demikian ketika mengulas langkah pihak berkuasa Malaysia untuk memohon ekstradisi ke atas Sajat yang ditangkap di Thailand atas kesalahan imigresen.

Beberapa isu berhubung dokumentasi dan perundangan perlu dilengkapkan sebelum Sajat dapat dibawa balik ke Malaysia untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Sajat diburu pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pada 23 Februari kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada 15 Jun lepas, polis turut menjejaki Sajat bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang.

Media melaporkan Sajat telah memohon status pelarian dari Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian dan sedang mengintai untuk pindah ke Australia.

Sementara itu Bernama juga melaporkan pihak berkuasa Thailand sedang mempertimbangkan untuk menghantar pulang Sajat ke Malaysia.

Timbalan Komander dan jurucakap Biro Imigresen Mejar Jeneral Achayon Kraithong berkata, Sajat ditahan kerana masuk secara haram.

“Ada banyak prosedur (untuk hantar pulang Sajat) … kita perlu mengikuti undang-undang imigresen. Sama ada untuk menghantar (Sajat) balik atau tidak, ia masih dipertimbangkan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, Bernama difahamkan Thailand masih belum menerima sebarang permohonan daripada pihak berkuasa Malaysia.

1Sajat ditahan pegawai imigresen Thailand pada 8 September kerana pasport tidak sah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM8,343 pada 10 September.

Bagaimanapun, Thailand mengulangi bahawa kes Sajat akan dikendalikan mengikuti lunas undang-undang negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Tanee Sangrat berkata “kami tangani kes ini berlandaskan kemanusiaan dan undang-undang”.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok