Saifuddin tulis surat berbahasa Melayu kepada Antony Blinken

March 24, 2022 · Isu semasa

Sejajar dengan usaha memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengutuskan surat rasmi dalam bahasa kebangsaan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken.

Perkara itu dikongsikan beliau dalam satu catatan di akaun Facebooknya hari ini.

“Hari ini saya telah menulis surat rasmi dalam Bahasa Melayu kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat.

“Ia surat rasmi dalam Bahasa Melayu yang pertama daripada saya kepada rakan sejawat, selaras dengan kenyataan Perdana Menteri di Dewan Negara semalam (Rabu),” kata Saifuddin seperti dilapor Bernama.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu persidangan Dewan Negara bahawa beliau akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin ASEAN untuk mencadangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN.

Usaha penggunaan Bahasa Melayu itu akan diteruskan dalam mana-mana pertemuan, mesyuarat dan persidangan antarabangsa, sama ada dua hala atau pelbagai hala, di dalam mahupun di luar negara mengikut kesesuaian.

Dalam menterjemahkan kesungguhan kerajaan itu, Ismail Sabri mula menggunakan Bahasa Melayu semasa lawatan rasminya ke Indonesia, Brunei, Kemboja, Thailand dan Vietnam baru-baru ini.

Beliau juga akan menggunakan Bahasa Melayu secara rasmi ketika berucap pada Sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Sidang Kemuncak ASEAN yang masing-masing akan berlangsung pada September dan November ini.

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Tauliah ceramah agama Ustaz Abdullah Khairi ditarik balik MAIS
October 5, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok