Saifuddin positif Covid-19

April 29, 2021 · Isu semasa

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah disahkan positif Covid-19 menerusi keputusan ujian saringan pada malam tadi (28 April), lapor Bernama.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Komunikasi dan Multimedia hari ini, Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Buat masa ini beliau sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital.

“Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, YB Datuk Saifuddin akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Saifuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau selain turut memohon maaf  atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi tersebut.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
1 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
2 jam lalu · Isu semasa
Isu harga barang, PM bidas pembangkang fitnah kata kerajaan tak peduli
2 jam lalu · Isu semasa
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok