Sah Ismail Sabri PM Kesembilan. Tahniah

August 20, 2021 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri (PM) Kesembilan Malaysia.

Pelantikan Ismail Sabri, 61 tahun, diputuskan mengikut peruntukan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, setelah pada hemat baginda bekas Timbalan Perdana Menteri di dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan sebentar tadi berkata:

“Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

“Proses seterusnya ialah lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 2.30 petang, di lstana Negara.”

Pemilihan PM Kesembilan itu dibuat susulan peletakan jawatan oleh Muhyiddin pada 16 Ogos lalu, susulan kemelut politik setelah dikatakan hilang sokongan di Dewan Rakyat apabila 15 Ahli Parlimen (MP) UMNO diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap beliau dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Yang di-Pertuan Agong kemudian menitahkan semua Ahli Dewan Rakyat menyerahkan surat akuan sumpah (SD) masing-masing sebelum jam 4 petang semalam, yang menyatakan sokongan terhadap seorang sahaja MP untuk dilantik sebagai PM.

Nama Ismail Sabri sebagai PM Kesembilan muncul sejak hari pertama Muhyiddin meletak jawatan, dan diperkuatkan lagi setelah beliau dikatakan mendapat restu Muhyiddin yang juga Pengerusi PN.

Karier politik Ismail Sabri cerah apabila menyertai PN sebelum Muhyiddin melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai lalu dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

PN dianggotai Bersatu, PAS, UMNO, GPS, PBS, STAR dan Gerakan, selain disokong MCA dan MIC serta MP Bebas.

Kerajaan yang dibentuk dengan majoriti mudah itu goyang setelah Zahid dan 14 MP UMNO yang menarik diri, tetapi Ismail Sabri bersama 23 MP UMNO lain kekal bersama PN, sebelum Muhyiddin mengambil keputusan meletak jawatan.

Tindakan Zahid itu membuka peluang kepada Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawarkan diri menjadi PM Kesembilan, tetapi beliau berdepan kekurangan sokongan.

Pakatan Harapan (PH) yang dimonopoli DAP, turut dianggotai PKR dan AMANAH. Anwar dikatakan mendapat sokongan Parti Warisan Sabah (Warisan) diketuai Datuk Seri Shafie Apdal, tetapi jumlah sokongan masih tidak mencukupi dan beliau memerlukan bantuan ‘muridnya’ Zahid.

Namun, lapan daripada MP yang mengikut Zahid kembali ke pangkuan PN dan menyokong Ismail Sabri. Zahid berserta enam lagi MP kemudian dilaporkan turut memberi sokongan bagi membolehkan Ismail Sabri memiliki 114 sokongan MP daripada 220 Ahli Dewan Rakyat, sekali gus memiliki majoriti membentuk kerajaan baharu.

Zahid adalah Presiden UMNO, manakala Ismail Sabri adalah Naib Presiden, sementara jawatan Timbalan Presiden dipegang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau, Negeri Sembilan.

Berita berkaitan
Bubar Parlimen jika kajian sikap pengundi menyebelahi BN: Ismail Sabri
47 minit lalu· Politik
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022· Isu semasa
PM hanya ambil kira pandangan parti sendiri, bukan pandangan bersama: PAS
August 6, 2022· Politik
Muhyiddin diperlukan untuk kekal terajui PN, kata PAS
August 3, 2022· Politik
Popular
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
3 jam lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
3 jam lalu · Isu semasa
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
4 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok