Sah Azalina letak jawatan penasihat khas PM

September 1, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Azalina Othman Said telah menghantar surat peletakan jawatannya sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) pada Isnin (30 Ogos), kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Bagaimanapun, PMO berkata peletakan jawatan itu hanya akan berkuat kuasa dalam tempoh sebulan, mengesahkan kenyataan Azalina semalam bahawa beliau masih menjadi penasihat khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Perdana menteri menerima peletakan jawatannya dengan tempoh notis sebulan seperti yang dinyatakan dalam surat itu,” kata PMO dalam satu kenyataan.

“Notis sebulan adalah untuk menyiapkan kerja membabitkan kakitangannya, tetapi dalam tempoh ini, Azalina tidak lagi berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri kerana dia akan diberi cuti mulai hari ini (1 September) hingga akhir bulan ini.”

Awal minggu ini, timbul khabar angin bahawa beliau telah melepaskan jawatan yang disandangnya sejak tahun lalu, selepas beliau mengkritik kerajaan ketika Taklimat Khas Presiden UMNO yang diadakan Sabtu lalu (27 Ogos) berikutan pemenjaraan Datuk Seri Najib Razak.

Untuk rekod, Azalina dilantik ke jawatan berkenaan pada pada 2 Oktober 2021.

Beliau dilantik ke jawatan tersebut selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos 2021 atas beberapa alasan.

Antara alasan berkenaan termasuk disebabkan kapasiti moral peribadi, yang mana katanya, terdapat konflik peranan dan tanggungjawab antara menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen dalam sebuah kerajaan gabungan.

Pada perhimpunan Taklimat Khas Presiden UMNO pada 27 Ogos lalu Azalina antara yang dijemput memberi ucapan.

Dalam ucapannya, Azalina telah mengkritik Ismail Sabri dengan berkata bahawa sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri perlu melantik “orang dia “untuk memudahkan urusan.

“Pelantikan peguam negara (AG) adalah atas nasihat PM dan PM harus melantik ‘orang dia’ sebagai peguam negara untuk mudahkan segala urusan.

“Jika kuasa penukarkan AG di tangan PM, mengapa PM tidak menukarkan AG, malah ia adalah bidang kuasa PM. Saya nak tanya satu sahaja, takkan nak tukar AG pun tak boleh.

“Di mana-mana negara, sesiapa yang menjadi Perdana Menteri akan memilih orangnya sendiri untuk menjadi AG.

“Saya sudah menjadi ketua bahagian UMNO lebih 20 tahun. Sudah tentu setiausaha bahagian adalah orang saya sendiri, begitu juga ketua penerangan kerana saya melantik mereka,” kata Azalina.

Majlis taklimat itu diadakan setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadap Datuk Seri Najib Razak, seterusnya menghantar bekas Perdana Menteri itu terus ke Penjara Kajang.

Berita berkaitan
Nama Hadi tak dicadang sebagai calon PM, PAS nafi kenyataan palsu
19 jam lalu· Politik
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
October 3, 2022· Politik
Bolehkah Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan bubar Parlimen?
October 3, 2022· Politik
Hanya ada 38 kerusi, Anwar bidas UMNO tiada majoriti putuskan bubar Parlimen
October 2, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
PH terbit bajet bayangan 2023
October 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
10 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
14 jam lalu · Isu semasa
Najib mohon semakan kehakiman setelah dilarang hadir Parlimen
14 jam lalu · Isu semasa
249,646 murid dapat manfaat bekalan lokar di 626 sekolah: Radzi
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
11 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok