Sabitan kes SRC: Najib fail petisyen rayuan ke Mahkamah Persekutuan

April 25, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan memfailkan petisyen rayuan untuk mengetepikan sabitan dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Ini susulan keputusan sebulat suara oleh panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, yang membenarkan permohonan Najib untuk lanjutan masa selewat-lewatnya hari ini untuk memfailkan petisyen rayuan tersebut.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Perkara itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul, selepas permohonan itu didengar secara dalam talian, lapor Bernama.

“Bagi permohonan (oleh Najib) untuk lanjutan masa memfailkan petisyen rayuan hari ini, keputusan sebulat suara (diberi) oleh Mahkamah Persekutuan untuk memberikan lanjutan itu mulai 11 April.

“Pemohon (Najib) akan memfailkan petisyen rayuan untuk rayuan utama kes (sabitan) SRC selewat-lewatnya hari ini,” kata Mohd Ashrof kepada pemberita selepas pendengaran permohonan tersebut.

Pada 11 April lepas, Ahli Parlimen Pekan itu melalui Tetuan Shafee & Co memohon lanjutan masa selewat-lewatnya pada 25 April untuk memfailkan petisyen rayuan.

Berdasarkan afidavit sokongannya, Najib berkata alasan penghakiman yang disediakan oleh hakim-hakim Mahkamah Rayuan mengandungi 176 jilid keseluruhannya dan pihak pembelaan menerimanya pada 31 Mac lepas.

“Adalah mustahil untuk pasukan pembelaan saya meneliti semua rekod rayuan dan menyediakan petisyen rayuan yang lengkap dalam masa yang singkat bagi menangani segala isu yang telah dibangkitkan oleh Hakim-hakim Mahkamah Rayuan.

“Alasan penghakiman itu perlu diteliti dengan memeriksa nota prosiding pada kedua-dua peringkat prosiding bagi memastikan ketepatan dalam dapatan fakta, inferens yang dibuat dan undang-undang yang terpakai,” kata Najib.

Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Najib kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok