RUU sumbangan politik perlu diperinci, elak ‘flip flop: Hamzah

May 20, 2022 · Isu semasa

Kaedah dan mekanisme pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik harus difikirkan secara mendalam agar ia kekal efektif, efisien serta relevan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) berkata ia perlu diperinci dengan lebih lanjut agar terus diguna pakai sampai bila-bila kerana tidak mahu berlaku ‘flip flop’ iaitu hanya boleh digunakan sekarang dan tidak boleh lagi digunakan pada masa hadapan.

“Biar kita pastikan agar RUU itu boleh kita gunakan sampai bila-bila. Jadi, sesuatu yang kita lakukan dari segi polisinya baik tetapi dari segi perinciannya, harus diberikan kepada satu pasukan yang terdiri bukan hanya daripada agensi tetapi juga mereka yang berpengalaman dan apa yang dah dipraktik di negara luar.

“Kemudian barulah kita adakan sesuatu yang boleh diguna pakai untuk masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rawatan Pemulihan Bergerak (MRT) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Ibu Pejabat AADK di Kajang, hari ini.

Semalam, media melaporkan JKKMAR bersetuju secara dasar dengan cadangan penggubalan RUU Sumbangan Politik, bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata perkara itu masih perlu dibincang oleh Kabinet sebelum sesi libat urus dengan parti politik diadakan.

Mengulas penggunaan kanabis untuk perubatan di Malaysia, Hamzah berkata fokus dan keutamaan harus diberikan terlebih dahulu kepada masalah sedia ada (contohnya ketagihan dadah) yang masih belum dapat diselesaikan meskipun sudah lebih 40 tahun berlarutan.

“Kalau isu dadah sudah boleh diturunkan maka insya- Allah, segala apa yang kita lakukan (yang) ada kebaikan, apa salahnya. Kapasiti penjara tak cukup. AADK sudah tidak cukup dari segi pegawainya malah polis juga berbagai-bagai yang telah mereka lakukan.

“Jadi kita tengok dulu. Bagaimanapun, yang pasti adalah kita membantu rakyat yang memerlukan ketika ini,” katanya.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dilaporkan berkata kajian klinikal penggunaan kanabis untuk perubatan di Malaysia masih di peringkat awal dan belum dapat bergerak seperti negara luar yang telah menggunakannya untuk rawatan penyakit kronik.

Beliau berkata kanabis berada di bawah Akta Racun dan jika ingin digunakan, banyak undang-undang mesti diselesaikan dan tidak boleh dilepaskan sewenang-wenangnya kerana bimbang dengan penyalahgunaan serta kesan sampingan di peringkat awal. – Bernama

Berita berkaitan
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Rakyat bimbang keadaan ekonomi, tahap kepuasan terhadap PMX merosot: Merdeka Center
November 22, 2023· Politik
Tiada guna undang-undang anti lompat, takkan Speaker nak isytihar kerusi kosong
November 11, 2023· Rencana
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
22 minit lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
28 minit lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
23 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok