RUU sumbangan dana politik dijangka bentang Nov ini: Wan Junaidi

September 24, 2022 · Isu semasa

Kerajaan menjangkakan Rang Undang-Undang Sumbangan Politik dapat dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada persidangan Parlimen awal November ini, manakala bacaan kedua pada hujung bulan berkenaan (November).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) telah menyediakan skop dan parameter dasar digariskan dalam rang undang-undang itu dan dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti sebelum dapat dimuktamadkan, lapor Bernama.

Wan Junaidi berkata beliau juga akan mengadakan sesi libat urus bersama wakil Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada 28 Sept ini di Parlimen, bagi mendapatkan pandangan berhubung perkara dasar bagi Rang Undang-Undang Sumbangan Politik yang sedang digubal.

“Selain itu, rang undang-undang ini juga mengambil kira pandangan pihak berkepentingan melalui sesi libat urus yang diadakan bersama pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) serta pakar akademik.

“Pada masa yang sama, beberapa sesi perbincangan dalaman juga dibuat bersama jabatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi memperincikan dasar penggubalan rang undang-undang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengimbau kembali sejarah, Wan Junaidi berkata inisiatif untuk memperkenalkan undang-undang yang mengawal selia dana politik pernah diusahakan oleh kerajaan pada 2015 melalui penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP), namun tidak terlaksana.

Selepas itu, beliau berkata cadangan kerangka perundangan bagi Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik juga pernah dikemukakan kerajaan kepada Parlimen pada November 2019 untuk dibentang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang, namun hasrat itu juga tidak kesampaian.

“Justeru, kerajaan pada kali ini yakin dan kekal komited bahawa undang-undang sumbangan politik ini akan dapat direalisasikan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
60 minit lalu· Politik
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
December 1, 2022· Politik
Bawa usul percaya bermakna PM belum ada kepercayaan majoriti MP
December 1, 2022· Politik
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
4 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
7 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
14 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
16 jam lalu · Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok