RUU pindaan Perlembagaan mula dibentang bagi memasukkan fasal 3A

April 11, 2022 · Isu semasa

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mula dibentang kerajaan hari ini pada sidang khas Dewan Rakyat dengan tujuan untuk memasukkan fasal 3A dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Fasal 3A adalah berhubung hak dan kebebasan seseorang individu untuk berpersatuan, ia dibimbangi oleh beberapa pengkritik bakal memberi implikasi buruk terhadap sistem demokrasi negara selepas ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membentang usul pindaan tersebut semasa sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pagi tadi dengan membacakan pindaan tersebut dibuat bertujuan untuk memberi punca kuasa bagi membolehkan RUU Anti Lompat Parti dapat dibentang selepas ini.

“RUU yang akan saya bentangkan bertujuan meminda Perkara 10 dengan maksud memasukkan fasal 3A selepas fasal 3 bagi sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan c fasal 1 yang berhubung dengan keahlian dalam parti politik Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri boleh juga dikenakan oleh undang-undang persekutuan.

“Pindaan ini turut memberi punca kuasa bagi membolehkan satu akta khsusunya berhubung larangan ahli dewan bertukar parti digubal dan diluluskan di Parlimen,” katanya ketika membentangkan RUU berkenaan di Parlimen.

Persoalan di Dewan Rakyat hari ini adalah sama ada cadangan kerajaan untuk menambah fasal 3A dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Fasal 3A – Meskipun dengan perenggan (c) Fasal (2) dan Fasal (3), sekatan terhadap hak berpersatuan dalam perenggan (c) Fasal (1) berkaitan keahlian dalam parti politik ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri juga boleh dikenakan oleh undang-undang persekutuan.”

Wan Junaidi membayangkan perkara itu tidak akan diundi hari ini kerana ada perkara yang memerlukan pertimbangan lanjut oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Dalam ucapannya, Wan Junaidi memaklumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengadakan mesyuarat saat akhir dengan kepimpinan PH pagi ini, yang memutuskan tiga perkara.

Pertama, takrifan “lompat” perlu dinyatakan dalam RUU yang dibahaskan hari ini.

Kedua, Perkara 48(6) berkenaan hilangnya kelayakan untuk tempoh lima tahun individu yang letak jawatan sebagai ahli parlimen untuk kembali memegang jawatan itu, perlu dimansuhkan.

Perkara ketiga berkenaan RUU yang khusus untuk menghalang wakil rakyat daripada bertukar parti.

“Isu ini akan dibangkitkan dan dibincangkan oleh sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang akan ditubuhkan Dewan ini,” kata Wan Junaidi.

Seramai 60 Ahli Parlimen dijadual untuk membahaskan RUU itu hari ini.

Berita berkaitan
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Permohonan rayuan peguam Najib gantung saman LHDN RM9.41 juta pada 16 Jun
February 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
19 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
19 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok