RUU Perbekalan Tambahan dibentang di Dewan Rakyat

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2021/2022) yang antara lainnya memberi ruang bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan 2021, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Ia merupakan antara empat RUU yang dibentangkan oleh Kementerian Kewangan, menurut laporan Bernama.

Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah yang membentangkan kesemua RUU tersebut pada hari ini, berkata bacaan kali kedua akan turut dilakukan pada persidangan berkenaan.

Kementerian Kewangan turut mengemukakan RUU Syarikat Labuan (Pindaan) 2022 untuk meminda Akta Syarikat Labuan 1990 serta RUU Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Perkhidmatan Kewangan 2010.

Turut dibentangkan adalah RUU Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan (Pindaan) 2022 untuk meminda Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010.

BERITA BERKAIT
POPULAR