RUU MA63 dibentang Selasa ini

October 23, 2021 · Isu semasa

Cadangan pindaan perlembagaan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tetap akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 26 Oktober ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menjelaskan kekeliruan yang timbul, menteri undang-undang itu berkata apa yang ditangguhkan ialah bacaan kedua mengenai rang undang-undang (RUU) itu yang mana ia sepatutnya bacaan kedua dibuat pada 28 Oktober.

Sebelum ini beberapa Ahli Parlimen (MP) dari Warisan dan DAP membangkitkan isu tiadanya RUU tersebut dalam kertas aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Kerajaan akan meneruskan rancangan untuk membentangkan RUU mengenai pindaan beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 di parlimen pada 26 Oktober ini.

“Bagaimanapun bacaan kedua mengenai RUU itu akan dijadual semula daripada tarikh awal iaitu pada 28 Oktober untuk membolehkan Peguam Negara (Datuk Seri Idrus Harun) memberikan penjelasan lanjut mengenai cadangan pindaan tersebut kepada anggota kabinet,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah MP Santubong itu lagi kabinet pada dasarnya bersetuju dengan RUU tersebut selepas ia dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri yang diadakan pada 20 Oktober lalu.

Apabila semua anggota kabinet berpuas hati sepenuhnya dengan penjelasan peguam negara, kata Wan Junaidi, tarikh RUU itu dibentang untuk bacaan kali kedua akan ditetapkan.

“Untuk menjawab pertanyaan mereka, kabinet telah bersetuju untuk meminta peguam negara menghadiri mesyuarat kabinet yang akan datang pada Jumaat, 29 Oktober untuk menjelaskan pindaan itu.

“Apabila kabinet berpuas hati sepenuhnya dengan penjelasan itu, barulah kita boleh menetapkan tarikh baru untuk bacaan kali kedua RUU itu di parlimen,” katanya.

Wan Junaidi juga menyenaraikan pindaan perlembagaan yang akan dibuat dalam RUU MA63 pada Selasa depan.

Misalnya meminda Perkara 1 (2) untuk mentakrifkan semula “negeri-negeri persekutuan” sebagai negeri-negeri Malaya (Semenanjung Malaysia) dan negeri-negeri Borneo (Sabah dan Sarawak).

Ia juga akan berusaha untuk meminda Perkara 160 (2) untuk memasukkan Hari Malaysia sebagai 16 September 1963 dan mentakrifkan semula “Persekutuan”.

Katanya RUU itu mahu meminda Perkara 161A untuk mentakrifkan semula “bumiputera” Sarawak dan membolehkan individu diberi status itu jika ibu atau bapa mereka adalah orang asal Sarawak.

Pindaan berkenaan juga akan memberi Sarawak kuasa untuk memutuskan kaum mana yang dapat diakui sebagai bumiputera.

Pada April 2019, pentadbiran PH membentang RUU tersebut dan mencadangkan pindaan perlembagaan namun gagal mendapat sokongan secukupnya daripada ahli parlimen pembangkang.

Untuk rekod bagi meminda sesuatu perkara dalam perlembagaan, ia memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua per tiga daripada keseluruhan anggota Dewan Rakyat.

Usul dibawa PH itu gagal melepasi syarat tersebut apabila 59 anggota parlimen berkecuali.

Berita berkaitan
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
August 8, 2022· Politik
Peruncit vape Melayu terkesan di bawah GEG
August 2, 2022· Rencana
Wan Junaidi alu-alukan hasrat negeri ikut RUU larang tukar parti
July 30, 2022· Politik
UMNO sedia ikut ketetapan RoS berhubung pindaan parti
July 30, 2022· Isu semasa
Popular
Rayuan terakhir: Adakah Najib sedang guna strategi baharu?
August 12, 2022
Parti liar Janda Baik: Datuk Seri, warga emas antara 25 ditahan
August 11, 2022
Bank ambil serius kes iPay88 alami ‘insiden keselamatan siber’
August 11, 2022
Siapa ‘jerung’ di belakang skandal kapal tempur: Rafizi tanya Najib
August 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ekonomi negara tumbuh lebih kukuh 8.9 peratus pada suku kedua: BNM
2 jam lalu · Isu semasa
Tindakan Najib, Arul pinda laporan audit 1MDB adalah perbuatan jenayah, kata saksi
2 jam lalu · Isu semasa
BNM jamin pelanggaran data iPay88 tidak libat kelemahan sistem bank
3 jam lalu · Isu semasa
Tubuh RCI siasat pelanggaran data setelah iPay88 alami ‘insiden’
3 jam lalu · Isu semasa
Ringgit rendah berbanding dolar AS
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok