RUU Larangan Bertukar Parti akan dipersembah kepada Agong untuk digazet

August 16, 2022 · Isu semasa

Kerajaan akan mempersembahkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) itu berkata proses tersebut bagi mendapat perkenan dan membolehkan ia digazetkan dalam tempoh 30 hari

“Jadi sekembalinya Al-Sultan Abdullah dari Turkiye, RUU ini akan dipersembah kepada baginda untuk diperkenan mengikut Perkara 66.

“Di bawah Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan ini mempunyai batas sendiri, jika tidak diperkenan pun ia akan menjadi undang-undang selepas 30 hari sebabkan pindaan pada 1994 dulu.

“Bagaimanapun, ia akan dipersembahkan sekali lagi kerana Seksyen 2 penguatkuasaan RUU ini mesti mendapat perkenan baginda dua kali. Kali pertama untuk menjadikan RUU ini sebagai undang-undang dan kali kedua bagi penguatkuasaan.

“Namun tidak perlu mengadakan dua kali perjumpaan, cukup hanya sekali untuk mendapat perkenan,” katanya dipetik laporan BH.

Terdahulu, RUU tersebut berjaya diluluskan di Parlimen selepas mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan di Dewan Rakyat.

Pada 9 Ogos lalu, RUU berkenaan turut diluluskan di Dewan Negara selepas memperoleh sokongan 52 daripada 60 senator selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan, iaitu lebih dua pertiga persetujuan Ahli Dewan Negara.

Berikutan itu, Wan Junaidi berkata, RUU berkenaan tidak terpakai selagi ia belum digazetkan.

“Ada orang tanya, RUU ini sudah lulus di Dewan Rakyat, masih boleh lompat (parti) ke? Saya jawab, belum jadi undang-undang boleh lompatlah,” katanya.

Wan Junaidi berkata, selepas diperkenankan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat pemakluman melalui surat kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk mengesyorkan pindaan terhadap Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, tindakan itu membolehkan semua Dewan Undangan Negeri (DUN) meminda Perlembagaan negeri masing-masing dengan memasukkan peruntukan larangan bertukar parti selaras Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan seperti diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Ini untuk memastikan undang-undang yang bakal dilaksanakan di peringkat Persekutuan selaras dengan pelaksanaan di semua negeri termasuk penggunaan perkataan bagi mengelakkan sebarang konflik.

“Satu libat urus dengan negeri ini akan diadakan bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Bagi empat negeri yang sudah mempunyai undang-undang sendiri berkaitan lompat parti seperti Pulau Pinang, Kelantan, Sabah dan Sarawak, Wan Junaidi berkata, negeri terbabit boleh melaksanakannya berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 3 Ogos lalu.

“Saya yakin empat negeri ini akan ambil tindakan sewajarnya dan kalau boleh ikut garis panduan Kerajaan Persekutuan lebih baik, kita senang untuk selaraskan demi kebaikan bersama,” katanya.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok