RUU Larangan Bertukar Parti akan dimuktamadkan pada mesyuarat 19 Mei

May 13, 2022 · Isu semasa

Draf Rang Undang-Undang (RUU) Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti akan dimuktamadkan pada mesyuarat 19 Mei nanti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata mesyuarat Jawatankuasa Khas Parlimen yang berlangsung semalam sudah hampir memuktamadkan semua keputusan peringkat dasar untuk pihak Jabatan Peguam Negara mendrafkan Rang Undang-Undang Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti.

“Draf yang bakal dibincangkan dalam mesyuarat pada 19 Mei nanti adalah untuk memuktamadkan draf Rang Undang-Undang Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti yang digubal oleh Jabatan Peguam Negara berlandaskan dasar-dasar yang diputuskan hari ini (semalam),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Jelasnya keputusan tersebut dicapai selaras dengan usul mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2) dan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas di bawah Peraturan 81(1) Majlis Dewan Rakyat yang diluluskan pada sidang Mesyuarat Khas pada 11 April lalu.

Menurutnya, penyata itu akan dibentangkan kepada Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas untuk mendapat persetujuan dan seterusnya akan dibentangkan serta dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat yang dicadang untuk diadakan pada Jun 2022.

“RUU ini dicadang akan dibentangkan dan dibahaskan di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada masa yang akan di tetapkan nanti,” katanya.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen itu dipengerusikan oleh Wan Junaidi dengan ahlinya terdiri daripada Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Lukanisman Awang Sauni, Gobind Singh Deo, Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Datuk Ignatius Darell Leiking.

Untuk rekod pembentangan usul RUU tersebut sepatutnya berlangsung pada sidang khas 11 April lalu selepas gagal dibawa semasa sesi Dewan Rakyat pada Mac, bagaimanapun sekali lagi tiada RUU tersebut gagal dibentang kerajaan.

Berita berkaitan
Masalah kemurungan tertinggi direkodkan di Wilayah Persekutuan: Laporan
March 8, 2023· Isu semasa
Ucapan perbahasan RUU Perbekalan 2023 Tan Sri Muhyiddin Yassin
March 6, 2023· Rencana
Pencarum tak mohon suntikan RM500, mereka mohon pengeluaran KWSP bersasar: Muhyiddin
March 6, 2023· Isu semasa
Parlimen: Strategi hadapi kegawatan ekonomi jadi tumpuan hari ini
March 6, 2023· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
9 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
9 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
14 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
15 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok