RUU kawalan merokok ke Kabinet

July 8, 2022 · Isu semasa

Memorandum berkaitan rang undang-undang (RUU) kawalan tembakau dan merokok akan dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu depan, sebelum dibentang di Parlimen.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata jika Kabinet meluluskannya RUU itu akan dibentang pada sesi persidangan Dewan Rakyat bulan ini.

“Untuk langkah pertama, saya mesti meyakinkan Jemaah Menteri. Kita sudah menerima ulasan daripada semua kementerian dan akan membentangkan maklum balas kepada mereka.

“Jadi saya sedang sediakan jawapan kepada ulasan itu dan selepas dipersetujui nanti, baru kita akan bawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Kita sudah melaksanakan pelbagai sesi libat urus dengan pelbagai pihak. Saya juga akan mengadakan taklimat dengan Ahli Parlimen sebelum undang-undang dibahas nanti supaya mereka memahami kesan daripada kelulusan RUU ini.

“Saya yakin kita akan mendapat sokongan untuk meluluskan RUU ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program Generational Endgame Advocacy Roadshow (GEGAR) – WANITA di Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Beliau berkata KKM menyasarkan untuk mengurangkan kelaziman merokok dalam kalangan rakyat Malaysia kepada lima peratus pada 2040.

Setelah diluluskan, Khairy berkata beliau berharap untuk melaksanakan undang-undang dengan segera, kerana peraturan mengenai vape dan e-rokok mempunyai kesan ke atas cukai berikutan kelulusan diberikan Kementerian Kewangan.

“Sebelum ini, vape dan e-rokok berada di luar bidang kuasa mana-mana undang-undang. Jadi sebaik sahaja undang-undang baharu berkuat kuasa, kami boleh mengutip cukai untuk barangan ini.

“Dari segi hukuman penjara di bawah RUU baharu, tiada peruntukan bagi kesalahan kecil, tetapi akan ada bagi kesalahan besar termasuk penjualan haram,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kekurangan sokongan daripada kementerian lain kerana impak ekonominya, Khairy berkata mesyuarat Kabinet akan menjadi platform terbaik untuk bertukar-tukar pandangan dan meyakinkan mereka.

Katanya mereka telah pun bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam beberapa program berhubung RUU baharu itu dan advokasinya.

Sementara itu, Rina berkata kementeriannya menyokong penuh RUU yang dicadangkan itu.

Beliau berkata kementerian akan terus mendapatkan sokongan lebih lanjut daripada pihak lain untuk memastikan RUU baharu itu mendapat kelulusan.

“Kami akan cuba memastikan RUU ini dibentangkan di Parlimen kerana kami menyokong penuh,” katanya.

Di bawah akta yang dicadangkan, kanak-kanak yang dilahirkan pada 2005 dan tahun-tahun berikutnya dilarang merokok dan membeli atau memiliki apa-apa jenis produk merokok, termasuk rokok elektronik atau produk vape, walaupun selepas mencapai umur 18 tahun.

Selain itu, peniaga dan penjual rokok juga tidak dibenarkan menjual produk merokok kepada mereka yang dilindungi di bawah larangan tersebut.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
21 minit lalu· Politik
Laporan tangguh Kabinet buat Anwar rimas, janji selesai sehari dua lagi
15 jam lalu· Politik
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
21 jam lalu· Politik
Anwar tangguh umum barisan Kabinet, isu lantikan Zahid buat kepala pening?
24 jam lalu· Politik
Popular
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022
MB Kedah tak ‘test drive’ kereta, semua itu fitnah baharu: Setpol
June 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
2 jam lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
7 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
15 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
15 jam lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
15 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok