RUU Insolvensi: Muhyiddin gesa kaedah pelepasan bersyarat yang lebih fleksibel

May 24, 2023 · Isu semasa

Kerajaan campuran digesa mencari mekanisma yang lebih fleksibel untuk membantu individu yang terperangkap dalam status kebankrapan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Pagoh itu semasa membahaskan Rang Undang-undang Insolvensi 2023 berkata penekanan khusus juga harus diberi oleh Kerajaan terhadap usaha membantu individu muflis untuk bangkit dan membina semula ekonomi.

“Saya juga menggesa agar diwujudkan kaedah pelepasan bersyarat yang lebih fleksibel untuk seseorang boleh dilepaskan dari status kebankrapan.

“Ini boleh dilakukan dengan syarat-syarat dan perjanjian tertentu agar lebih ramai individu dapat kembali membina kehidupan tanpa dibebani proses pelepasan status bankrap yang terlalu lama,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata semasa pentadbirannya sebelum ini, antara langkah yang diambil bagi membantu individu yang berdepan status bankrap adalah dengan menaikkan siling seseorang yang boleh dijatuhkan bankrap.

“Semasa Malaysia diuji dengan pandemik wabak Covid-19 yang memberikan kesan terhadap kehidupan seharian rakyat, Kerajaan Perikatan Nasional telah menggubal dan meluluskan satu akta baharu yang dinamakan “Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020” [Akta 829] atau singkatnya Akta Covid-19.

“Akta tersebut telah diwartakan dan mula berkuatkuasa mulai 23 Oktober 2020. Kerajaan sewaktu di bawah kepimpinan saya telah memastikan banyak langkah diluluskan dalam Akta tersebut, di antara langkah yang signifikan ialah had ambang penghakiman yang membolehkan seseorang diisytiharkan bankrap dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM100,000. Ini merujuk khususnya di bawah Seksyen 20 Akta Covid-19,” katanya lagi.

Mengambil kira situasi semasa selepas berlaku perubahan kerajaan, Muhyiddin meminta kerajaan menyatakan langkah-langkah yang diambil dalam melibatkan hutang melebihi RM50,000.

“Justeru, apakah perancangan khusus yang diambil oleh kerajaan terhadap kes kebankrapan melibatkan hutang melebihi RM50,000, memandangkan hanya sekitar 130,000 (50%) orang daripada 260,000 kes bankrap yang layak untuk mendapat pelepasan kebankrapan mereka?” soalnya.

Jelasnya lagi, jika dilihat dari segi ambang keberhutangan, sebahagian besar kes kebankrapan (64.8%) adalah antara RM100,000 hingga RM499,999, manakala 20.96% untuk ambang antara RM50,000 hingga RM99,999.

Menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia antara tahun 2019-2023, orang Melayu mencatatkan kes bankrap tertinggi sebanyak 58.28%, manakala Cina (24.96%), India (7.91%) dan lain-lain (8.67%).

“Pada hakikatnya, kebankrapan adalah satu bentuk hukuman dan bukan satu skim pembayaran semula, maka sekiranya si Bankrap telah menjalani hukuman pada suatu tempoh tertentu yang sesuai dengan berkelakuan baik, maka seharusnya pelepasannya dari status kebankrapan disegera dan dipermudahkan, tanpa melihat pada nilai atau jumlah hutang am yang difailkan,” ujarnya lagi.

Muhyiddin juga menggesa kerajaan dapat mengambil langkah-langkah konkrit, segera dan pragmatik untuk mengatasi masalah insolvensi di kalangan rakyat.

“Dengan pendekatan yang komprehensif dan memfokuskan pada perlindungan dan pemulihan kewangan rakyat, diharapkan masalah ini dapat diatasi dengan lebih efektif,” katanya.

Berita berkaitan
MP DAP gesa tarik gelaran ‘Tun’ diberi kepada Dr Mahathir
17 jam lalu· Politik
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
18 jam lalu· Isu semasa
Akta pendanaan politik: Anwar lupa agenda reformasi
19 jam lalu· Isu semasa
Semasa PN perintah, Selangor tidak dipinggirkan walaupun negeri pembangkang: Sanusi
June 5, 2023· Politik
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
29 minit lalu · Isu semasa
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
15 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
15 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok