RUU halang wakil rakyat tukar parti dibentang hari ini

July 27, 2022 · Isu semasa

Pembentangan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti bakal menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Rang Undang-undang itu dijangka dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lapor Bernama.

Sesi libat urus bagi pembentangan rang undang-undang itu bersama Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang telah diadakan pada Isnin dan Selasa sebelum pembentangan serta perbahasan pada hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang rasmi Parlimen, Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata rang undang-undang itu bakal menjadi pemangkin kepada pengakhiran gejala merokok dalam kalangan generasi belia.

Turut menarik perhatian, isu impak perdagangan negara sejak Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berkuat kuasa di Malaysia pada Mac lepas.

Perkara itu dibangkitkan Datuk Ignatius Darell Leiking (Warisan-Penampang) yang bertanyakan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada sesi soal jawab.

Selain itu, isu kenaikan gaji anggota penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri dibangkitkan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) kepada Perdana Menteri pada sesi sama.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari hingga 4 Ogos.

Berita berkaitan
Speaker putuskan tiada kekosongan di empat kerusi bekas ahli Bersatu Sabah
January 16, 2023· Politik
Wan Saiful bidas MP kerajaan suka melolong dalam Dewan Rakyat
December 24, 2022· Politik
UMNO lebih kuat bersama PH-DAP, kata Nur Jazlan yang kalah PRU-15
December 18, 2022· Politik
Akta Larangan Bertukar Parti terpakai terhadap 4 Ahli Parlimen Sabah, ini penjelasan
December 11, 2022· Politik
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
4 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
4 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
7 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
8 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
3 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok