RUU Bajet 2023 dibentang untuk bacaan kali pertama hari ini

October 5, 2022 · Isu semasa

Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2023 (Bajet 2023) telah dibentangkan untuk bacaan kali pertamanya di Dewan Rakyat hari ini (5 Oktober 2022).

Bacaan kedua akan diadakan pada Jumaat (7 Oktober) jam 4 petang, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah, yang membentangkan RUU itu, hari ini.

Sehingga semalam, terdapat perbincangan sama ada Bajet 2023, atau nama rasminya Rang Undang-undang Perbekalan 2023, akan dibentangkan pada persidangan Parlimen kali ini.

Sebelum bacaan pertama hari ini, spekulasi juga bertiup kencang bahawa Parlimen akan dibubarkan sebelum Bajet 2023 akan datang dapat diluluskan sepenuhnya, yang akan menyaksikan negara tidak mempunyai peruntukan untuk perbelanjaan kerajaan untuk tempoh beberapa bulan pertama 2023.

Menteri Undang-undang Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Isnin memberi jaminan pembentangan Bajet 2023 akan berlangsung Jumaat ini.

Beliau berkata demikian berdasarkan keputusan mesyuarat pra majlis yang diadakan pada 2 Oktober lalu, bahawa pembentangan Bajet kekal.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
3 jam lalu· Politik
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
December 1, 2022· Politik
Bawa usul percaya bermakna PM belum ada kepercayaan majoriti MP
December 1, 2022· Politik
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
7 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
9 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
16 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
18 jam lalu · Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
10 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok