RUU antilompat parti: Tiada sabotaj dalam kerajaan, kata Wan Junaidi

April 7, 2022 · Isu semasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan wujud ‘sabotaj politik’ dalam isu Rang Undang-Undang (RUU) antilompat parti yang gagal dibentang di sidang Dewan Rakyat, Isnin ini.

Sebaliknya, menurut beliau terdapat perbezaan pendapat, termasuk berkaitan istilah ‘lompat parti’ dan beberapa ciri-ciri RUU itu.

“Tidak ada sabotaj politik. Tak mungkin itu sabotaj politik. Rasanya perbezaan pendapat. Daripada sebahagian orang dalam kerajaan.

“Bukan tak setuju dengan undang-undang,tidak setuju dengan beberapa ciri dia. Beberapa ciri dia kena ubah,” katanya sambil menegaskan RUU itu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan tarikh sebenar selepas berbincang dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Harun.

Terdahulu beliau hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik yang turut disertai blok pembangkang. Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga pengerusi bersama jawatankuasa itu turut hadir.

Wakil kerajaan dan blok pembangkang yang hadir termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa; Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook; dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.

Dalam kenyataan bersama selepas mesyuarat itu, Wan Junaidi dan Saifuddin berkata RUU Perlembagaan (Pindaan) berhubung Anti Lompat Parti akan dibentang, dibahas dan diluluskan, dalam satu lagi sidang khas Parlimen yang akan ditentukan kelak.

Bagaimanapun, sidang khas Parlimen yang dijadualkan pada 11 dan 12 April ini akan diteruskan seperti dirancang untuk membentang dan membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk satu lagi sidang khas Parlimen diadakan bagi membentang, membahas dan meluluskan undang-undang berkaitan dalam masa terdekat, yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri selaras dengan Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Kedua-dua pihak menyatakan komitmen akan memberi sokongan bagi membolehkan rang undang-undang ini mendapat majoriti dua pertiga dalam sidang khas Parlimen pada 11 dan 12 April ini,” menurut kenyataan itu.

Dalam mesyuarat itu juga, kedua-dua pihak bersetuju untuk memberi sokongan kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan, melibatkan penggubalan punca kuasa di bawah Perkara 10, bagi memberi kuasa untuk penggubalan akta baharu berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

“Draf awal akta tersebut akan diedarkan untuk penelitian ahli Jawatankuasa Pemandu Tranformasi dan Kestabilan Politik sebelum sidang khas Parlimen pada 11 April,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok