RUU Antilompat Parti elok dibentang sebelum PRU-15: Wan Junaidi

May 4, 2022 · Isu semasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti dapat dibentangkan dan diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Bagaimanapun beliau berkata ia terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sama ada RUU itu dibentang di Dewan Rakyat pada persidangan Julai ini atau diadakan awal pada persidangan khas, menurut laporan Bernama.

“Ada yang mahu RUU ini dibentang pada persidangan bulan Julai, dan ada yang mahu diawalkan, namun terpulang kepada perdana menteri sendiri untuk menentukan perkara itu setelah kajian selesai dan diserahkan kepada beliau.

“Kalau tanya saya, pada saya lebih baik kita laksanakan RUU ini dahulu (sebelum PRU15) kerana tidak mahu apa yang berlaku pada 2018 berlaku lagi pada tahun ini atau 2023 nanti. (Kalau) RUU belum siap kita dah PRU, lepas itu lompat kiri lompat kanan (ahli politik bertukar parti),” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian ketika ditemui pada Program Libat urus Bersama Masyarakat di Kuching.

Wan Junaidi berkata beliau tidak boleh mendedahkan mengenai RUU itu secara lebih lanjut selagi ia belum dibentangkan kerana terikat dengan Peraturan Mesyuarat 85 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Saya yang mengetuai Jawatankuasa RUU itu yakin dengan kebolehan serta pengalaman undang-undang yang pada jawatankuasa dan masalah ini boleh diselesaikan,” katanya.

Untuk rekod pembentangan usul RUU tersebut sepatutnya berlangsung pada sidang khas 11 April lalu selepas gagal dibawa semasa sesi Dewan Rakyat pada Mac, bagaimanapun sekali lagi tiada RUU tersebut gagal dibentang kerajaan.

Berita berkaitan
Kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman dibicara pada 29 Jan 2024
March 6, 2023· Politik
Adakah MP UMNO tak sehaluan dengan Presiden sedia dipecat parti?
March 6, 2023· Politik
Zahid sedia dedah surat RoS, gesa akar umbi pertahan kerajaan PH-DAP
March 5, 2023· Politik
Tujuh calon Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri tak hantar borang pertahan jawatan
February 27, 2023· Politik
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
10 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
15 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
16 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok