RUU antilompat parti dijangka ke Parlimen 18 Julai, warta September

July 13, 2022 · Isu semasa

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah memuktamadkan draf rang undang-undang (RUU) bagi mencegah ahli Dewan Rakyat melompat parti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

RUU dan laporan jawatankuasa itu akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Julai, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya jawatankuasa ini juga telah menjawab soalan yang dibangkitkan oleh beberapa menteri ketika mesyuarat Kabinet 1 Jun lalu dan ia telah dibawa ke mesyuarat jemaah menteri pagi tadi.

Jawatankuasa pilihan khas yang meneliti RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan berhubung peruntukan yang melarang ahli Parlimen daripada melompat parti akan menjadi rujukan kepada Ahli Parlimen apabila diletakkan di meja mereka pada 18 Julai nanti, katanya.

Wan Junaidi berkata garis masa juga telah dipersetujui hari ini untuk RUU berkenaan, di mana dicadangkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen kerajaan pada 25 Julai dan sesi dengan Ahli Parlimen Pembangkang pada 26 Julaii.

Ia akan diikuti dengan cadangan perbahasan di Dewan Rakyat pada 27 dan 28 Julai tertakluk kepada budi bicara speaker.

Garis masa juga mencadangkan sesi pertemuan dengan ahli Dewan Negara pada 8 Ogos, diikuti bacaan kali pertama di Dewan Negara pada 9 Ogos dan bacaan kedua pada 10 Ogos.

Selepas Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan RUU itu, Wan Junaidi menambah bahawa ianya kemudian akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong antara 11 Ogos dan 26 Ogos untuk perkenan diraja, dan dijangka diwartakan antara 29 Ogos dan 2 September.

Berita berkaitan
Selepas pecat-memecat, UMNO umum pemilihan parti bermula 1 Februari depan
6 jam lalu· Politik
Speaker putuskan tiada kekosongan di empat kerusi bekas ahli Bersatu Sabah
January 16, 2023· Politik
UMNO masih kalah teruk walaupun tiada pemilihan parti, Tok Mat tidurkah?
January 12, 2023· Politik
Wan Saiful bidas MP kerajaan suka melolong dalam Dewan Rakyat
December 24, 2022· Politik
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
LRT Ampang tergendala: landasan bengkok, struktur jejambat rosak
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
6 jam lalu · Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
16 jam lalu · Isu semasa
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
22 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
22 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
10 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok