RUU Anti Lompat Parti tak dibentang, dua RUU lain dibentang bacaan kali pertama

March 21, 2022 · Isu semasa

Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022, yang antara lain bertujuan mengadakan peruntukan ketidakpakaian Perkara 119 kepada Raja-raja berhubung pendaftaran pemilih, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, RUU Anti Lompat Parti yang sebelum ini didesak blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) sebagai syarat memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dibentang pada sidang kali ini.

Terdahulu, PH juga menegaskan syarat utama MoU yang dimerterai dengan kerajaan adalah memastikan RUU Anti Lompat Parti itu diluluskan dengan segera sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Rang Undang-undang bagi meminda Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu bertujuan memasukkan Perkara baharu 119A yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh dengan persetujuan Majlis Raja-raja menetapkan suatu pengecualian kepada mana-mana Raja dan isterinya, Yang Dipertua Negeri dan isteri, bakal raja, waris ganti dan waris lain Raja dan isteri mereka daripada pemakaian Perkara 119 berhubung pendaftaran pemilih.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika membentangkan rang undang-undang itu hari ini berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada persidangan ini.

Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 antara lain menghendaki seseorang warganegara yang mencapai umur 18 tahun dan layak untuk mengundi didaftarkan secara automatik sebagai pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Usia minimum mengundi rakyat Malaysia direndahkan kepada 18 tahun berbanding 21 sebelum ini, selepas Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 dan seterusnya oleh Dewan Negara pada 25 Julai 2019.

Turut dibentangkan untuk bacaan kali pertama ialah Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 untuk meminda Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) bertujuan memasukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 28A yang memberi menteri kuasa untuk menetapkan melalui peraturan kesalahan yang boleh dikompaun dan kaedah serta tatacara bagi mengkompaun kesalahan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah ketika membentangkan Rang Undang-undang itu berkata bacaan kali kedua akan turut dilakukan pada persidangan ini.

Berita berkaitan
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
12 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sedia hadap kritikan media, kata Anwar
May 28, 2023· Isu semasa
PMX enggan tarik balik tuduhan PN ditaja dana judi, dakwa ada asas
May 27, 2023· Politik
Prestasi menteri kerajaan campuran semua memuaskan, kata Zahid
May 27, 2023· Politik
Popular
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
40 minit lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
2 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
2 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
2 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
6 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok