RUU Anti Lompat Parti, calon Timbalan Speaker jadi tumpuan sidang Parlimen

July 15, 2022 · Isu semasa

Pembentangan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti bakal menjadi tumpuan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 yang akan berlangsung selama tiga minggu bermula Isnin (18 Julai) ini.

Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti itu dijangka dibentang atau diletakkan di atas meja Ahli Dewan Rakyat pada Isnin untuk dijadikan rujukan mereka, lapor Bernama.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan Rabu lepas, rang undang-undang itu dicadang untuk dibahaskan pada 27 dan 28 Julai, tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Beliau berkata sebelum itu, libat urus Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bersama Ahli Dewan Rakyat kerajaan akan diadakan pada 25 Julai dan libat urus bersama Ahli Dewan Rakyat pembangkang pada 26 Julai.

Setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, rang undang-undang itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong antara 11 dan 26 Ogos untuk diperkenankan dan pewartaannya dijangka dilaksanakan antara 29 Ogos hingga 2 Sept ini.

Rang undang-undang itu merupakan antara perkara dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) pada September tahun lepas bagi membentuk satu kerjasama dwipartisan dengan mendukung semangat Keluarga Malaysia.

Dalam pada itu, isu kos sara hidup dijangka menjadi topik perbincangan terutama menerusi soalan Ahli-Ahli Parlimen pada persidangan itu setelah terdapat cadangan daripada PAS supaya sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan perkara itu.

Sebelum ini, Wan Junaidi dilapor berkata tiada keperluan untuk mengadakan sidang khas itu kerana Ahli Parlimen boleh mengemukakan usul mengenai isu berkenaan semasa persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung sehingga 4 Ogos.

Selain itu, bacaan kali kedua dan ketiga bagi sembilan rang undang-undang dalam senarai Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat lepas yang ditangguhkan dijangka dibawa ke persidangan kali ini.

Rang undang-undang itu adalah Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022; Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021; Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 dan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021.

Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021; Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2022; Rang Undang-Undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022; Rang Undang-Undang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 yang ditangguhkan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 62 Dewan Rakyat.

Sementara itu, mesyuarat kali ini juga bakal menyaksikan sama ada pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dapat dilaksanakan atau ditangguh buat kali ketiga.

Usul berkenaan ditangguh ketika persidangan pada 25 Okt tahun lepas sebelum sekali lagi ditangguh pada mesyuarat 1 Mac lepas.

Azalina yang melepaskan jawatan itu pada 23 Ogos tahun lepas tetap menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sementara ketika persidangan Dewan Rakyat.

Mesyuarat kali ini juga menyaksikan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin mewakili kerusi Parti Bangsa Malaysia (PBM) setelah mengumumkan keluar Bersatu pada 26 Mei lepas.

Dua lagi Ahli Parlimen turut mewakili parti itu iaitu Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) dan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau).

Mesyuarat kali ini akan berlangsung dalam fasa peralihan ke endemik dengan Ahli Parlimen dan petugas perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk memakai pelitup muka di dalam bangunan, namun tidak perlu lagi menjalani ujian pengesanan COVID-19 setiap dua kali seminggu seperti yang dilakukan pada mesyuarat lepas.

Berita berkaitan
Isu pertemuan PN: Wan Saiful bidas Ismail Sabri buat penipuan dan tak beradab
2 jam lalu· Politik
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
6 jam lalu· Isu semasa
9 bekas Menteri Pertahanan, siapa bertanggungjawab dalam skandal LCS? soal Kit Siang
7 jam lalu· Isu semasa
UMNO Bahagian cadang Ku Nan kekal sebagai calon di Putrajaya: Laporan
7 jam lalu· Politik
Popular
Permohonan Najib ‘cacat, pentingkan diri sendiri’, kata pendakwaan
August 15, 2022
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
August 15, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Tak adil dakwa laporan LCS fitnah hanya kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dewan Negara lulus empat RUU
59 minit lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
1 jam lalu · Isu semasa
KKM mohon lebih banyak dana penjagaan kesihatan awam
2 jam lalu · Isu semasa
Skandal kapal tak siap: Bekas pegawai tinggi BNS didakwa esok
2 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan CEO BNS isu skandal kapal LCS bercanggah, kata PAC
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
6 jam lalu
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok