Rumah Terbuka PM, Menteri diteruskan hingga selesai

May 8, 2022 · Isu semasa

Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang sepatutnya berakhir jam 4 petang tadi, dilanjutkan sehingga selesai berikutan sambutan luar biasa yang diterima.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, keputusan itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan tidak sampai hati melihat masih ramai Keluarga Malaysia yang menunggu giliran berhari raya.

Jurucakapnya berkata, ini kali pertama dalam sejarah apabila lebih 100,000 pengunjung menghadiri Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri terutama selepas dua tahun tiada program sedemikian diadakan berikutan penularan Covid-19.

“Keluarga Malaysia mula beratur seawal jam 8 pagi menyebabkan program yang dijadualkan bermula jam 10 pagi diawalkan pada jam 9 pagi tadi.

“Perdana Menteri mengambil keputusan melanjutkan sehingga selesai meskipun majlis sepatutnya berakhir pada jam 4 petang tadi. Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri ini mendapat sambutan luar biasa yang tidak dijangka,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba di Laman Sari kira-kira jam 10 pagi tadi.

Beliau turut meluangkan masa bersalam-salaman dengan orang ramai yang hadir dan memberi duit duit raya kepada kanak-kanak serta orang kurang upaya (OKU).

Berita berkaitan
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023· Politik
Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa PMX melabur di Malaysia
March 24, 2023· Isu semasa
PMO pandang serius nama digunakan untuk kepentingan pihak tertentu
March 15, 2023· Isu semasa
Usaha normalisasi gaya hidup songsang tak boleh diterima, kata Menteri
March 14, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
15 minit lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok