Rumah ibadat, sekolah agama banyak rosak akibat banjir di Selangor

December 21, 2021 · Isu semasa

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerima laporan sebanyak 120 rumah ibadat seperti surau dan masjid serta termasuk sekolah agama mengalami kerosakan teruk akibat bencana banjir yang melanda di negeri itu sejak Jumaat lalu.

Menurut pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata semua institusi terbabit mengalami kerosakan dan memerlukan penyelenggaraan serta baik pulih dengan segera.

Setakat jam 10 pagi semalam, beliau berkata, JAIS mengenal pasti 30 masjid, 60 surau serta 30 sekolah agama terjejas teruk, dengan hampir keseluruhan karpet di masjid dan surau terbabit rosak.

“Selain itu, kelengkapan elektrik, sistem pembesar suara, sejadah, mashaf al-Quran, kitab (bahan bacaan), perabot, peralatan masjid, siling dan bumbung masjid juga memerlukan kerja pembaikan agar dapat kembali berfungsi dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, Mohd Shahzihan berkata, jawatankuasa khas JAIS peringkat negeri dan daerah ditubuhkan serta-merta bagi menyelaras jenis serta bentuk bantuan kepada mangsa banjir.

Katanya, jawatankuasa itu turut membabitkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS),” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa yang bermesyuarat pagi semalam antara lain bersetuju untuk mengambil langkah segera menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan mengikut skop dan jenis bantuan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) dan seterusnya pada peringkat pascabencana.

Selain itu, katanya, jawatankuasa khas terbabit membuat keputusan untuk menyalurkan bantuan kelengkapan 210 unit ‘water jet’ bagi kemudahan masjid, surau dan sekolah, serta bantuan keperluan makanan basah di semua PPS di 36 masjid dan surau, melalui peruntukan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) berjumlah RM250,000.

“Bagi memastikan usaha penyelarasan bantuan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan, jawatankuasa turut memutuskan untuk membuka Bilik Gerakan Khas yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan boleh dihubungi melalui talian 03-5514 3439 atau 03-5514 3761.

“Bilik gerakan ini akan memberi informasi terkini masjid, surau dan sekolah yang terjejas, serta maklumat lain diperlukan oleh mana-mana pihak dari dalam dan luar Selangor yang berhasrat menyalurkan bantuan serta sumbangan kepada mangsa dan institusi terjejas banjir,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shahzihan memaklumkan, JAIS melancarkan Tabung Bencana Banjir Selangor bagi memudahkan masyarakat menghulurkan bantuan khusus kepada masjid, surau dan sekolah yang terjejas, berikutan penyelenggaraan serta pembelian kelengkapan memerlukan sumber kewangan yang besar.

Beliau berkata, sumbangan boleh disalurkan terus ke TIJARI melalui akaun MayBank 562106-718620 yang mana tabung ini akan dibuka selama sebulan bermula semalam hingga 20 Januari tahun depan.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok