Rumah AS$10 juta, akaun Rohana di UK dibekukan

February 26, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan perintah pembekuan aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd (ASTRO), Datuk Rohana Rozhan.

Ia berikutan siasatan oleh agensi berkenaan selepas bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner mendakwa diperas ugut dalam pembelian sebuah rumah di London menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik BH, sumber SPRM memaklumkan, perintah pembekuan aset Rohana dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001).

“Perintah pembekuan itu sekali gus melarang Rohana daripada melakukan sebarang transaksi membabitkan rumah dan akaun bank miliknya di United Kingdom (UK).

Tindakan itu selepas SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan Leissner yang mendakwa diugut untuk membelikan sebuah rumah bernilai AS$10 juta (RM42 juta) di London,” katanya hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan agensi itu sedang menyiasat Rohana.

Susulan itu, Rohana menerusi peguamnya Valen, Oh & Partners mengesah memberi keterangan kepada SPRM.

“Saya merujuk kepada dakwaan terhadap saya dipaparkan dalam media. Saya hadir di pejabat SPRM dan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan mereka,” kata Rohana dalam kenyataan ringkas berkenaan.

Sebelum ini, Leissner mengakui telah menggunakan wang yang diterima daripada 1MDB untuk membeli rumah bernilai AS$10 juta (RM41.8 juta) di London untuk kekasihnya dari Malaysia ketika itu, Rohana, lapor Bloomberg.

Leissner, memberitahu pendakwa raya AS, Drew Rolle bahawa Rohana telah mengancam untuk mendedahkan penglibatannya dengan 1MDB.

“Cik Rozhan sangat kecewa kerana saya memutuskan hubungan kami untuk bersama bakal isteri saya, dengan Kimora.

“Jika saya tidak membelikan dia rumah, dia akan memberitahu pihak berkuasa tentang penglibatan saya dalam skandal 1MDB. Dia mengancam untuk mendedahkan saya.

“Pada masa itu, 2013, saya sangat takut akan perkara itu,” Leissner dipetik sebagai berkata ketika disoal sama ada dia telah memberi Rozana sebarang wang daripada dana pelaburan Malaysia.

Berita berkaitan
Bekas pegawai khas kepada bekas MB Johor didakwa palsukan slip gaji
September 27, 2022· Isu semasa
Kes berprofil tinggi juga disiasat SPRM, bukan bilis sahaja
September 27, 2022· Isu semasa
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022· Isu semasa
MP PKR juga gesa hormat keputusan mahkamah kes rasuah Zahid
September 23, 2022· Politik
Popular
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
6 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
7 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
7 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok