Rugi RM1.5 juta diperdaya skim X-Fruit tanam pokok minyak pesawat

June 17, 2022 · Isu semasa

Seorang lelaki mendakwa mengalami kerugian RM1.5 juta setelah terpedaya dengan pelaburan penanaman pokok yang akan membuahkan ‘X-Fruit’ seluas 30 hektar di Pahang.

X-Fruit itu dikatakan boleh diproses menghasilkan minyak untuk kegunaan sebagai bahan api kapal terbang, kata Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf.

Menurutnya mangsa yang berusia 38 tahun itu dijanjikan akan memperoleh keuntungan tiga kali ganda daripada modal pelaburan, dalam jangka masa tiga tahun.

“Mangsa telah bersetuju dan dapat mencari pelabur daripada Kemboja dengan wang pelaburan dikumpulkan sebanyak AS$500,000, yang dimasukkan ke akaunnya.

Wang itu kemudian dipindahkan ke akaun bank suspek dengan tiga transaksi berjumlah RM1.5 juta. Semua transaksi dilakukan pada pertengahan 2015,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata, selepas hampir tiga tahun, mangsa cuba bertanyakan mengenai perkembangan pelaburan itu namun panggilan telefonnya disekat malah usaha mengesan suspek juga gagal.

Mangsa yang berasa telah diperdaya dan ditipu dengan pelaburan tidak wujud itu membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu dalam kes berasingan, Ramli berkata seorang pesara kerajaan mendakwa mengalami kerugian lebih RM4.3 juta setelah terpedaya dengan sindiket ‘love scam’, selepas berkenalan dengan seorang lelaki, kononnya warganegara Amerika Syarikat (AS), menerusi laman Facebook, tahun lalu.

Beliau berkata wanita berusia 66 tahun itu dikatakan membantu suspek yang mendakwa bekerja sebagai ahli kaji bumi di sebuah syarikat cari gali minyak, dan menetap di AS antara 2 Disember 2021 hingga 31 Mei lalu.

“Pelbagai alasan telah diberikan suspek untuk memperdaya mangsa antaranya membantu lelaki itu menjelaskan hutang, pembayaran kontrak kerja, upah pekerjaan, kos perubatan selain kos pembayaran peguam urusan harta warisan bapa suspek, yang dikatakan mati akibat tekanan masalah hutang.

“Sepanjang tempoh berkenaan, mangsa telah membuat 190 transaksi ke dalam pelbagai akaun bank diberikan oleh suspek dengan kerugian berjumlah RM4,342,500,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa yang disedari telah diperdaya dengan sindiket love scam berkenaan telah membuat laporan polis semalam, bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Dalam pada itu, polis mengingatkan orang ramai jangan terpedaya dengan pujuk rayu melalui media sosial berikutan pelaku jenayah menggunakan pelbagai muslihat untuk memperdaya mangsa.

Berita berkaitan
Pelaburan diluluskan Malaysia sebanyak RM42.8 bilion: MIDA
June 14, 2022· Isu semasa
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman Khairuddin ditahan SOSMA pada 24 Ogos
June 2, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
29 minit lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
1 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok