Rugi jika bubar MPN

October 2, 2022 · Isu semasa

Adalah merugikan sekiranya Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibubarkan sedangkan majlis yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berjaya memainkan peranannya dengan berkesan.

Ditubuhkan pada 21 Julai 2021, antara tanggungjawab yang dijalankan adalan untuk menyokong Jemaah Menteri dalam pelaksanaan langkah-langkah yang perlu diambil dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan adalah antara komponen utama dalam PPN yang paling diberikan perhatian, selain proses memudah cara pembukaan sektor-sektor ekonomi, sosial dan keagamaan turut diberi perhatian.

Namun, gesaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya MPN dibubarkan dilihat sebagai tindakan merugikan dalam usaha untuk memulihkan ekonomi negara pasca Covid-19.

Sedangkan, usaha untuk memulihkan negara pasca Covid-19 boleh mengambil masa sehingga 10 tahun dan menjadi sukar jika hanya satu pihak sahaja, menurut seorang Ahli MPN Datuk Dr Hartini Zainuddin.

Beliau melihat selama ini MPN telah memainkan peranan dengan berkesan dalam menyediakan cadangan dan bertindak sebagai pelengkap dalam pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan.

Menurutnya MPN telah memberi pelbagai cadangan, termasuk dalam sektor pelancongan serta ekonomi, selain keperluan membuka semula pintu sempadan negara.

Pada 28 September lalu, Zahid mengulangi desakan supaya MPN dibubarkan susulan fungsinya yang tidak jelas dan tidak perlu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, gesaan itu antara lain dibuat berikutan MPN diterajui Muhyiddin dikatakan bertindih dengan fungsi badan pemikir dan agensi kerajaan lain yang bertindak sebagai penasihat serta pelaksana.

Selain itu, katanya, Kabinet pula sentiasa menyelaras fungsi agensi dan membawa sebarang dasar dicadangkan pada peringkat kementerian untuk dipertimbangkan Kabinet sebelum dilaksanakan.

Zahid yang juga Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu antara lain menegaskan alasan sedemikian sudah mencukupi untuk kerajaan berfungsi dan berjalan dengan baik.

Terdahulu, pada 27 September, MPN kecewa dengan kerajaan kerana lambat melaksanakan beberapa cadangan penting membabitkan usaha pemulihan ekonomi negara.

Muhyiddin berkata MPN sudah mengemukakan 95 saranan untuk dipertimbangkan kerajaan dengan 69 daripadanya membabitkan isu sosioekonomi dan 26 berkaitan tadbir urus.

Menurutnya daripada 86 saranan yang diluluskan, hanya 16 saranan dilaksanakan sepenuhnya, 30 sedang dalam proses pelaksanaan, manakala 14 masih belum dilaksanakan.

“Saya tidak berniat untuk menuding jari kepada sesiapa. Tujuan saya adalah supaya semua pihak sedar bahawa negara kita tidak berada dalam situasi yang baik pada masa ini.

“Walaupun terdapat petunjuk positif dari segi kadar pertumbuhan, kadar penggunaan dan kadar pengangguran, namun ia adalah sementara sebelum negara bakal berdepan jangkaan kemelesetan ekonomi dunia tahun hadapan.

“Jika langkah-langkah segera tidak diambil untuk memperbaiki keadaan sekarang, rakyatlah yang akan menanggung sengsara kelak,” kata Muhyiddin.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang bernilai RM1.27 bilion
July 4, 2022
Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA
March 23, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok