RTS Johor Bahru-Singapura mampu serap 35 peratus trafik Tambak Johor

May 18, 2022 · Isu semasa

Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura dijangka menyerap sekurang-kurangnya 35 peratus daripada trafik di Tambak Johor sebaik sahaja ia mula beroperasi pada Januari 2027, kata Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corp (MRT Corp), Datuk Mohd Zarif Hashim.

“RTS mampu mengangkut 10,000 orang sejam, setiap arah. Jika anda melihat angka tersebut … kami dapat menyerap sekurang-kurangnya 35 peratus daripada trafik Tambak Johor pada tahap sebelum Covid-19,” katanya memetik laporan CNA, hari ini.

Sebelum wabak itu menular di Singapura dan Malaysia awal 2020 lalu, kira-kira 350,000 individu berulang-alik setiap hari antara kedua-dua negara menggunakan Tambak Johor.

MRT Corp ialah pemaju dan pemilik infrastruktur awam untuk projek rel di bahagian Malaysia.

Menurutnya pembinaan untuk bahagian Malaysia mengikut jadual dan kadarnya semakin “meningkatkan”.

Sementara itu memetik Bernama, RTS dijangka memainkan peranan penting dalam meningkatkan aktiviti ekonomi, yang berpotensi berkembang lebih meluas seperti Koridor Barat Hong Kong-Shenzhen.

Mohd Zarif berkata nilai projek RTS Link tidak dapat diukur hanya daripada sudut pandangan pembinaannya, kerana ia juga harus mengambil kira bagaimana ia mampu menarik pelaburan dalam jangka masa panjang.

“Pelaburan yang dibuat oleh kerajaan seharusnya memberikan pulangan dalam jangka pendek dan panjang, jadi kami mahu seluruh dunia mengetahui bahawa terdapat banyak peluang pelaburan di Johor Bahru susulan projek RTS ini.

“Kamu berhasrat untuk melihat agar suatu hari, koridor Johor Bahru-Singapura akan menjadi saingan atau sepadan dengan koridor Hong Kong-Shenzhen… itulah yang kami inginkan,” katanya kepada wartawan semasa lawatan Wharton School of the University of Pennsylvania dan Singapore Management University ke Menara JL hari ini.

RTS bukan sahaja akan mengurangkan kesesakan lalu lintas tetapi akan menggalakkan lebih banyak perniagaan serta aktiviti rentas sempadan antara Singapura dan Johor Bahru.

“Kami melihat tempoh 15 minit bagi keseluruhan proses (termasuk pemeriksaan imigresen serta perjalanan kereta api), dari saat anda memasuki Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bukit Chagar hingga ke Woodlands North (Singapura).

“Inilah sebabnya kami melihat RTS sebagai agen perubahan bagi rantau ini,” katanya.

Sektor ekonomi yang mendapat manfaat daripada kesan limpahan RTS termasuk perhotelan, penjagaan kesihatan dan pendidikan tinggi.

Menurut Mohd Zarif lagi, projek RTS Link, yang dijadualkan siap menjelang Disember 2026, dijangka mampu menarik 35 peratus daripada 350,000 orang yang bergerak melalui Tambak Johor setiap hari.

Beliau berkata rangkaian itu akan mempunyai kapasiti penumpang sebanyak 10,000 orang sejam, dengan itu membantu meringankan kesesakan trafik di lebuh raya.

MRT Corp juga menjalankan kajian mengenai sistem penyebaran lalu lintas yang menghubungkan RTS Link dengan Lebuh Raya Penyuraian Timur.

RTS Link adalah rangkaian rel sepanjang 4.0 kilometer yang menghubungkan Bukit Chagar, Stesen Johor Bahru dan Woodlands di Singapura.

Berita berkaitan
Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan
November 13, 2023· Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023· Isu semasa
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
48 minit lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
53 minit lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
23 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok