RTM siar video Najib, Jabatan Penjara beri penjelasan

October 25, 2022 · Isu semasa

Selepas tular video Datuk Seri Najib Razak yang disiarkan RTM semalam, Jabatan Penjara Malaysia (JPM) tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri bergelar banduan itu dibenarkan membuat rakaman video di dalam premis penjara.

Bagaimanapun, isu yang ditimbulkan bukan berhubung sama ada Najib dibenarkan membuat rakaman dalam penjara tersebut, sebaliknya isu yang timbul bagaimana sebuah agensi penerangan memberi ruang siaran pada ketika negara sedang bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Waktu ia disiarkan menjadi pertikaian kerana Najib sudah meringkuk dalam penjara dan tidak dibenarkan berkempen semasa tempoh PRU-15 berjalan.

“Jabatan Penjara Malaysia menegaskan bahawa tiada apa-apa rakaman video yang membabitkan Najib dibuat oleh mana-mana agensi media di dalam premis penjara seperti mana yang ditularkan.

“Hasil semakan menunjukkan video terbabit sudah dirakam lebih awal oleh pihak RTM sempena Kembara Keluarga Malaysia Episod 57 iaitu sebelum Najib dipenjarakan.

“Video ditayangkan di TV1 pada 24 Oktober 2022 (semalam) menceritakan tentang sejarah dan latar belakang Pekan, Pahang dan tidak berkaitan dengan politik,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video rakaman yang memaparkan temubual bersama Najib yang disiarkan RTM, sehingga mengundang pelbagai komen termasuk dalam kalangan pemimpin pembangkang.

Sehubungan itu, JPM meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lanjut.

“Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab,” katanya merujuk pautan sebahagian rakaman program berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, sebelum ini memaklumkan kementeriannya menerbitkan travelog Kembara Keluarga Malaysia, satu dukungan kepada konsep Keluarga Malaysia yang diperkasakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tiga skop utama yang akan dipaparkan melalui travelog itu adalah alam semula jadi, kehidupan manusia dan juga pembangunan, mula ditayangkan di saluran RTM menerusi TV1 pada penghujung Mei lalu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
3 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
6 pelajar MRSM di Kuala Kangsar positif Covid-19
December 2, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok