RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung

August 14, 2022 · Isu semasa

Rakyat Malaysia akan dapat menonton 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 yang akan disiarkan secara percuma oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

RTM, yang berada di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, akan menjadi penyiar rasmi untuk acara sukan terbesar dunia itu, menurut Bernama.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata sebanyak 41 perlawanan akan disiarkan oleh RTM, dengan 27 daripadanya – termasuk perlawanan akhir – akan disiarkan secara langsung dan 14 siaran tertunda melibatkan 130 jam masa siaran.

“RTM akan menyiarkan perlawanan melibatkan negara ranking tinggi yang mempunyai ramai peminat di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Menjelang Sepak Mula Piala Dunia 2022 Qatar sempena pelantikan RTM sebagai penyiar rasmi acara sukan itu, di Kuala Lumpur, hari ini.

Piala Dunia 2022 akan berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember ini.

Menurut Annuar, Piala Dunia 2022 Qatar akan disiarkan menerusi tiga saluran televisyen iaitu TV2, TV Okey, Sukan RTM dan penstriman langsung melalui RTM Klik.

Katanya, RTM menanggung kos sebanyak RM32.5 juta bagi membolehkan Keluarga Malaysia mengikuti sukan bertaraf dunia itu secara percuma kali ini.

“Oleh itu, saya harap syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dapat turut berkongsi menanggung kos pembiayaan siaran bersama RTM,” katanya.

Annuar berkata sejak 2002 iaitu selama 20 tahun RTM tidak putus membida hak penyiaran sama ada siaran langsung atau siaran tertunda bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati kejohanan empat tahun sekali itu.

Beliau berkata bola sepak bukan hanya sekadar sukan tetapi industri yang besar dan mempunyai peminat rentas kaum serta negara.

Piala Dunia mempunyai tontonan seluruh dunia yang cukup besar dalam menjana pendapatan tinggi bagi penajaan dan industri penyiaran, katanya.

Menurut kenyataan yang diedarkan K-KOMM, persetujuan pembelian hak siaran ditawarkan syarikat Sport Media & Distributors Sdn Bhd dengan siaran pertama pada 20 Nov menyaksikan perlawanan antara Qatar dan Ecuador.

Pada program hari ini, RTM turut memperkenalkan enam pengacara sukan yang akan bertugas semasa siaran langsung tersebut iaitu Syafiq Asyraf, Rasdi Jumaat, Zackhi Suri, Jeed Zulkefli, Aizuddin Shah dan Mohd Nazri Shukri.

Menurut kenyataan itu, selain pengacara sukan, RTM akan turut menampilkan 12 pengacara jemputan terdiri daripada bekas pemain dan jurulatih kebangsaan yang akan memberi ulasan serta kupasan terhadap permainan perlawanan.

Piala Dunia 2022 Qatar dengan slogan ‘Now Is All’ akan berlangsung di lapan stadium rasmi di Qatar melibatkan 32 negara.

Pada edisi Piala Dunia 2018, RTM mendapat hak penyiaran bagi 41 daripada 64 perlawan antarabangsa itu dengan 27 daripadanya ditayang secara langsung, membabitkan kos keseluruhan sekitar RM30 juta.

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023· Dunia
Piala Dunia: Croatia tempat ketiga
December 18, 2022· Dunia
Selepas TikTok, kerajaan PH-UMNO-DAP sasar gam pendakwah Islam
December 14, 2022· Isu semasa
Popular
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
24 jam lalu · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
24 jam lalu · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok