Rosmah tiba di mahkamah, tenang tapi berdebar

September 1, 2022 · Isu semasa

Ketika negara bersiap sedia untuk mendengar keputusan ke atas pasangan hidup bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – Datin Seri Rosmah Mansor – hari ini (1 September 2022), usaha terbarunya untuk melucutkan kelayakan hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan dijangka menjadi perhatian pada prosiding sebelah pagi.

Ini setelah Rosmah semalam melontarkan usul sebelum keputusan yang dijadualkan dengan memfailkan permohonan untuk ‘memecat’ Mohamed Zaini – hakim perbicaraan bagi tiga pertuduhan rasuah terhadapnya berhubung projek solar hibrid melibatkan 369 sekolah di luar bandar Sarawak.

Mahkamah dijangka mengendalikan permohonan itu terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada keputusan penghakiman disampaikan.

Asas bagi Rosmah, yang pernah menerajui pejabat bahagian ‘Wanita Pertama Malaysia (FLOM)’, adalah berdasarkan kebocoran keputusan penghakiman yang dikatakan untuk kesnya yang diterbitkan sebuah blog hujung minggu lalu, yang kini dalam siasatan polis.

Ia merupakan kebocoran kedua mengenai prosiding kehakiman kerana minggu lepas, draf penghakiman melibatkan Najib diterbitkan blog sama, sebelum pendaftar Mahkamah Persekutuan membuat laporan polis.

Blog terbabit dikendalikan seorang penulis yang kini bersembunyi di luar negara setelah beberapa waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Selain permohonan itu, Rosmah melalui peguamnya dari Tetuan Akberdin & Co turut memfailkan notis untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada Selasa, yang enggan memberi kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman berkaitan pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa raya utama dalam kesnya selain meminta perisytiharan perbicaraan itu terbatal.

Peguam Rosmah, yang diketuai oleh Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader, dijangka berhujah untuk mendapatkan notis terkini, dan juga membawa isu rayuan terhadap keputusan pada Selasa terlebih dahulu, manakala pihak pendakwaan berkemungkinan membantahnya.

Sehingga kini belum dapat dipastikan sama ada Mohamed Zaini akan memutuskan isu itu dan terus menyampaikan keputusan seperti yang dijadualkan hari ini.

Terdahulu, Rosmah tiba di Mahkamah Tinggi kira-kira jam 8.57 pagi untuk mendengar permohonan dan keputusan kesnya.

Kawalan keselamatan di sekitar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur turut diperketatkan dengan hanya individu yang memiliki pas sahaja dibenarkan masuk.

Bagaimanapun, tidak ramai penyokong Rosmah yang hadir bagi menunjukkan tanda solidariti kepadanya.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
5 jam lalu· Politik
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
5 jam lalu· Isu semasa
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
4 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
20 minit lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok