Rosmah tiada fakta mengatakan hakim berat sebelah: Pendakwaan

November 19, 2021 · Isu semasa

Pihak pendakwaan hari ini memaklumkan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor tidak pernah membangkitkan sebarang aduan mengenai keadilan atau kewajaran hakim Mohamed Zaini Mazlan berhubung kes perbicaraan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta.

Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yin Tinn berkata, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu tidak mengemukakan sebarang fakta untuk menyokong hujahannya bahawa hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pengubahan wang haram itu akan bersikap berat sebelah.

Memetik FMT, Poh dilaporkan berkata peguam Rosmah juga menerima Mohamed Zaini sebagai hakim perbicaraan bagi kes itu apabila mereka hadir untuk pengurusan kes yang dilakukan ketika beliau diperintahkan membela diri bagi kes rasuah.

“Sebarang penemuan yang dibuat oleh hakim berhubung kredibiliti pemohon (Rosmah) sebagai saksi dalam kes (rasuah) solar atau pengubahan wang haram atau sebarang perkara keterangan dikawal oleh prinsip penilaian keterangan,” kata Poh yang mengesahkan afidavit bagi menolak permohonan Rosmah untuk Zaini menarik diri.

Dalam afidavit yang dilihat FMT, Poh berkata, permohonan Rosmah tidak mendedahkan sebarang keadaan yang menunjukkan wujudnya bahaya berat sebelah di pihak hakim.

“Permohonan oleh tertuduh tidak memberikan asas yang mencukupi dan boleh dipertikaikan berhubung penarikan diri terbabit.

“Hujahan lanjut mengenai undang-undang akan dilakukan dalam pendengaran permohonan itu,” kata Poh yang memohon mahkamah menolak permohonan itu bagi membolehkan perbicaraan kes pengubahan wang haram berkenaan diteruskan.

Permohonan penarikan diri itu akan didengar pada 14 Disember.

Rosmah, 69, yang memfailkan permohonan itu pada 2 November lalu, memohon supaya kes itu didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain.

Pada 18 Februari lalu, Mohamed Zaini membuat keputusan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Rosmah dan memerintahkannya membela diri dalam kes rasuah yang akan bersambung pada 8 Disember ini.

Beliau mendakwa, kenyataan dan bukti yang dikemukakan di mahkamah dalam kes rasuah boleh mempengaruhi Zaini secara langsung atau tidak langsung sekiranya hakim itu turut mendengar kes pengubahan wang haram berkenaan.

Rosmah berdepan 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalan Negeri (LHDN).

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, Rosmah didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok