Rosmah terus berusaha singkirkan Sri Ram ketuai pendakwaan

January 28, 2022 · Isu semasa

Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun bertindak melangkaui bidang kuasanya apabila melantik Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan bagi menerajui siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan melakukan pendakwaan ke atas mereka yang terlibat.

Isteri bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak itu berkata demikian melalui afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul bagi menyingkirkan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan untuk mengetuai pendakwaan dalam kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapinya.

Notis usul itu difailkan semalam (27 Jan) dan media memperoleh salinan dokumen itu daripada peguam Rosmah, Datuk Geethan Ram Vincent hari ini, lapor Bernama.

Dalam afidavit sokongan itu, Rosmah berkata selepas meneliti surat pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu sebagai timbalan pendakwa raya kanan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah bertarikh 21 Mei 2021, didapati pelantikan itu tidak merujuk kepada kes dihadapinya.

Rosmah berkata jika mahkamah berpendapat bahawa Idrus telah bertindak secara teratur selaras dengan kuasa statutorinya, maka Sri Ram masih bukan individu yang ‘layak dan sesuai’ untuk menjalankan pendakwaan kes itu.

“Saya menegaskan bahawa peguamcara saya akan berhujah lanjut berkenaan perkara ini secara terperinci ketika pendengaran permohonan ini kelak dan adalah jelas bahawa Sri Ram harus disingkirkan sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes ini,” katanya.

Sementara itu, menerusi notis usul berkenaan, Rosmah mendakwa pelantikan Sri Ram adalah tidak sah di sisi undang-undang dan terbatal.

Permohonan berkenaan akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan pada 3 Feb ini.

Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok