Rosmah rindukan Najib

September 16, 2022 · Isu semasa

Mummy rindu Daddy di sisi, kata Nooryana Najwa merujuk kepada ibunya Datin Seri Rosmah Mansor dan bapanya, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kiriman Instagram, Nooryana berkata dia cuba menemani Rosmah sebaik mungkin, demi mengubat rindunya dengan kekosongan di rumah.

“Daddy tidak ada di sisi kami, tidak di rumah lagi kini.

“Saya cuba menemani Mummy sebanyak mungkin, mengubati rindunya dengan kekosongan di rumah…adakalanya waktu tidur juga supaya katil di sebelah Mummy tidak rasa kosong sangat,” tulisnya di Instagram.

Dia berkata ibunya seorang isteri yang sangat merindui suara, gelak tawa, keceriaan, (dan mempunyai) suami di sisi.

“(Dia) kini memikul tanggungjawab ketua rumah kami buat sementara waktu, dan pada masa sama juga memperjuangkan keadilan buat dirinya.

“Seorang nenda yang sentiasa cuba memikirkan bagaimana menjawab soalan cucunya apabila ditanya “di mana atuk?”

“Seorang yang memahami perjuangan dan laungan Bossku, sentiasa berada di sisinya sepanjang masa ini, waktu suka dan dukanya.

Menurutnya mereka akan terus mendoakan kesihatan dan kebebasan Najib agar Najib mendapat keamanan dan ketenteraman di hari tuanya.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Najib untuk membatalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, setelah didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (BHD).

Panel lima hakim kanan yang bersidang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, membuat keputusan sebulat suara menolak rayuan yang difailkan Najib, setelah Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 menolak rayuannya.

Bekas Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO itu kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.

Berita berkaitan
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022· Isu semasa
Kes saman serangan seksual, Yusoff Rawther fail rayuan
September 30, 2022· Politik
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
September 29, 2022· Isu semasa
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
September 29, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Najib dapat keistimewaan kerana MOU Anwar dan DAP dengan kerajaan
November 19, 2021
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kes baharu hampiri 7,000, Selangor, KL tertinggi
July 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
12 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
18 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
18 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
20 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok