Rosmah mohon prosiding kes AMLA, LHDN Rabu digantung

January 10, 2022 · Isu semasa

Isteri Datuk Seri Najib Razak, hari ini memfailkan permohonan untuk menggantung prosiding perbicaraan kes pengubahan wang haram (AMLA) dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dihadapinya yang dijadualkan bermula Rabu ini.

Datin Seri Rosmah Mansor, 69, selaku pemohon memfailkan notis usul itu menerusi Tetuan Geethan Ram di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden. Peguam Datuk Geethan Ram Vincent ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara itu.

Hasil semakan sistem mahkamah, permohonan tersebut ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Rabu ini, lapor Bernama.

Dalam notis usul itu, Rosmah memohon perintah bahawa kesemua prosiding dalam kes terbabit digantung sehingga rayuan berhubung keputusan Hakim Mohamed Zaini yang menolak permohonan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes berkenaan, didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Rayuan berkenaan ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan pada 23 Mac ini.

Sementara itu, menerusi afidavit yang difailkan bersama notis usul itu, Rosmah antara lain mendakwa jika Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Hakim Mohamed Zaini bukan hakim yang sesuai untuk mendengar kes terhadapnya, maka perbicaraan kes berkenaan akan menjadi sia-sia, sekiranya perbicaraan telah berjalan.

Dakwa Rosmah, sekiranya perbicaraan kes itu diteruskan, ia akan melanggar hak asasinya di mana dia akan mengalami kemudaratan yang tidak boleh diperbetulkan jika perbicaraan tersebut diisytiharkan terbatal kelak.

Pada 14 Disember lalu, Hakim Mohamed Zaini menolak permohonan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan cukai yang dihadapinya dan menetapkan perbicaraan bermula pada 12 Jan ini.

Pada 2 November lalu, Rosmah memfailkan permohonan supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan LHDN atas alasan keterangan dan eksibit telah dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan kes solar yang dihadapinya dan dibicarakan di hadapan hakim sama (Mohamed Zaini) secara langsung atau tidak langsung boleh mempengaruhi hakim itu dalam kes pengubahan wang haram tersebut.

Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
11 jam lalu· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
KKM beri penjelasan berhubung pembelian 500 unit ambulans
June 22, 2021
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
11 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok